Mahkamah kekalkan nama Zayn Rayyan di kertas pertuduhan


Mahkamah memutuskan untuk mengekalkan Zayn Rayyan dikekalkan dalam pertuduhan yang dibuat.

PIHAK pembelaan dalam perbicaraan ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin akan mengemukakan representasi supaya pertuduhan terhadap mereka ditarik balik.

Semasa prosiding di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu, peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf berkata, anak guamnya akan mengemukakan representasi dalam tempoh terdekat selepas meneliti dokumen-dokumen yang diperoleh daripada pihak pendakwaan.

Beliau berkata representasi itu termasuk permintaan agar Jabatan Peguam Negara (AGC) menyemak semua kes terbabit termasuk bagi pertuduhan mengabaikan kanak-kanak dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

"Mahkamah menetapkan 6 Disember ini bagi pengurusan kes untuk keputusan representasi berkenaan," kata Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh Syahliza ketika sebutan kes itu pada Rabu.

Permohonan pihak peguam itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datin Kalmizah Salleh.

Semasa prosiding, Kalmizah memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan sudah menyerahkan tiga dokumen iaitu laporan forensik kamera litar tertutup (CCTV), laporan daripada syarikat telekomunikasi dan laporan forensik telefon bimbit.

6293961761686142861

Zaim (kiri) dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama kerana mengabaikan kanak-kanak itu, sebagai penjaga kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Dalam pada itu, mahkamah turut memutuskan untuk menolak permohonan dibuat pasukan pembelaan dan mengekalkan nama Zayn Rayyan dalam pertuduhan yang dibuat.

Hakim Syahliza kemudian menetapkan 15 hari iaitu bermula 20 hingga 24 Januari 2025 serta 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari sebagai tarikh perbicaraan kes itu.

Pada 13 Jun lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama kerana mengabaikan kanak-kanak itu, sebagai penjaga kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Damansara Damai di Petaling Jaya dari tengah hari pada 5 Disember 2023 hingga pukul 9.55 malam keesokan harinya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1), jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui terbaring mati berdekatan sebatang sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Bedah siasat mendapati kecederaan di leher dan badannya akibat mempertahankan diri.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram