Kes Zayn Rayyan: Pembelaan mohon 'gag order' terhadap 5 akaun TikTok didakwa buli siber ibu bapa mangsa


Fahmi (tengah) berkata, kandungan disiarkan pengguna TikTok itu adalah bersifat subjudis dan boleh dianggap buli siber.

PASUKAN pembelaan mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara atau gag order daripada Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat terhadap lima pemilik akaun TikTok.

Peguam, Fahmi Abd Moin, yang mewakili bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan Zahari, dan ibu, Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun berkata, kandungan disiarkan pengguna TikTok itu adalah bersifat subjudis dan boleh dianggap buli siber.

"Terdapat banyak 'TikToker' yang terlibat, tetapi saya akan mulakan dengan melibatkan lima daripadanya. Kami memohon diberikan gag order kepada mereka daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes ini," kata Fahmi semasa prosiding pada Jumaat.

BACA LAGI: Definisi kesalahan buli siber perlu jelas, elak disalah guna untuk kepentingan politik

BACA LAGI: Deklarasi Beijing bukan yang pertama, Fatah-Hamas sukar bersatu angkara kuasa dan provokasi

Beliau berkata, pihak pembelaan juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sebagai maklum balas, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar berkata, pihaknya hanya dimaklumkan mengenai isu terbabit pada pagi Jumaat.

Menurutnya, pihak pendakwaan tidak mempunyai peluang untuk meneliti perkara itu dan meminta supaya ia dipertimbangkan dalam prosiding berasingan.

2823823

Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu di Damansara Damai dan mayatnya ditemui berhampiran sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Pangsapuri Idaman pada keesokan hari.

“Pihak pembelaan juga tidak melampirkan sebarang afidavit berhubung isu yang ingin diketengahkan.

"Saya percaya, pada peringkat ini, terlalu awal untuk mengeluarkan 'gag order', tetapi saya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah," katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh kemudiannya memerintahkan agar pihak yang terlibat dalam kes itu tidak membuat sebarang kenyataan tentang kes itu.

“Mahkamah mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat komen subjudis atau menghina mahkamah,” katanya.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai dan mayatnya ditemui berhampiran sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Pangsapuri Idaman pada keesokan hari.

Pada 31 Mei, ibu bapa Zayn Rayyan telah ditangkap di Puncak Alam dan ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 13 Jun, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama kerana mengabaikan kanak-kanak itu, sebagai penjaga kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terbabit dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram