GISBH: Tiada unsur rasuah setakat ini, SPRM tidak campur tangan — Azam Baki


  • Primer
  • Rabu, 18 Sep 2024

SPRM belum menemui sebarang unsur rasuah dalam kes melibatkan GISBH.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjumpai sebarang unsur rasuah dalam siasatan melibatkan Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tiada sebarang elemen rasuah yang dijumpai pihaknya apabila menyiasat entiti tersebut.

Sebelum ini, pihak polis sudah membekukan 96 akaun bank berkaitan GISBH bernilai RM500,000.

BACA LAGI: [VIDEO] Kes GISB: Agong titah PDRM jalankan siasatan dan ambil tindakan segera

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa budak lelaki kena rotan di rumah amal GISB buat laporan polis

Menurut Azam, pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak polis selepas ini.

"Kami serahkan sepenuhnya kepada pihak polis kerana tiada elemen rasuah (dalam kes ini).

"Kami tidak terlibat serta tidak menyiasat GISBH buat masa sekarang," kata Azam pada Rabu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah yang dibekukan oleh dalam 96 akaun bank tersebut adalah sebanyak RM581,552.31.

Pada 11 September, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak yang terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan berumur daripada satu hingga 17 tahun dalam operasi dikenali sebagai Ops Global di Selangor dan Negeri Sembilan. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram