'Tweet of the week', Zakat Selangor beri bunga sambil jawab isu agihan kutipan


  • Massa
  • Rabu, 18 Sep 2024

Ada yang mempertikai keputusan Lembaga Zakat Selangor seolah-olah tidak membantu golongan seperti ibu tunggal dan warga OKU.

SENTIMEN melibatkan pusat pungutan zakat masih lagi menyelubungi masyarakat sehingga hari ini.

Masih lagi timbul persepsi yang mengatakan yang pusat zakat seolah-olah tidak membantu masyarakat walaupun memperoleh kutipan berjuta ringgit setiap tahun.

Di media sosial, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan penjelasan mengapa mereka tidak sewenang-wenangnya memberikan bantuan.

BACA LAGI: Elak hukum jadi haram, ketahui waktu paling afdal tunaikan zakat fitrah

BACA LAGI: Pelaksanaan cukai emas tidak batalkan kewajipan tunai zakat

Namun begitu, penjelasan yang diberikan oleh LZS itu tidak dapat diterima oleh warganet hingga mempertikai penjelasan dilakukan oleh entiti tersebut.

"Time bayar, wajib. Time agihan bantuan ke asnaf, nak kena penilaian gitu gini. Nah jari tengah!" bidas Hafiz Azhar.

Pertikaian itu mendapat respons terus daripada LZS dengan mereka terus memberikan semula '10 jari' buat individu tersebut.

"Waktu bayar, itu adalah seruan dari ALLAH. Part agihan pula amanah yang kami kena pikul. Tak boleh semberono agih pada yang bukan haknya.

"Marah nanti para pengeluar zakat. Nah 10 jari dengan tapak tangan mendoakan kebaikan buat tuan dan keluarga," jawab LZS semula.

Respons daripada LZS itu mendapat reaksi daripada wargenet yang lain dengan mereka menganggap itu adalah ciapan terbaik minggu ini.

"Tweet of the week. Orang baling batu, kita balas bunga," ujar Khairul Azri. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram