[VIDEO] Banjir: Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech berwaspada


  • Primer
  • Selasa, 17 Sep 2024

Hujan lebat sejak minggu lalu menyebabkan paras air meningkat dan merosakkan infrastruktur di Poland dan Republik Czech. — Agensi

RAKYAT Malaysia yang menetap atau berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Hujan lebat sejak minggu lalu menyebabkan paras air meningkat, merosakkan infrastruktur dan memaksa penduduk untuk berpindah.

Dalam pada itu, Kementerian Luar menerusi Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa kedutaan di kedua-dua negara sedang memantau situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di Poland, terutamanya di kawasan sempadan kedua-dua negara itu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Abang Bas' tiada peluang bela diri, mahu saman selebriti lepas bebas bayar ikat jamin RM40,000

BACA LAGI: [VIDEO] Kes GISB: Agong titah PDRM jalankan siasatan dan ambil tindakan segera

"Rakyat Malaysia yang menetap atau melawat kawasan terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Pastikan anda memperoleh maklumat terkini daripada sumber berita yang boleh dipercayai serta patuhi garis panduan pemindahan serta keselamatan tempatan," menurut kementerian itu.

Dalam masa sama, Wisma Putra turut memantau rapat situasi di Hungary, Romania dan Slovakia susulan kejadian serupa mungkin berlaku.

Di samping itu, Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia untuk mendaftar kehadiran mereka melalui E-Konsular bagi menerima maklumat dan sokongan tepat pada masanya.

"Kementerian Luar akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberi maklumat terkini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas," menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau yang belum mendaftar dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Poland di alamat: Tingkat 9, Warsaw Towers, ul. Sienna 39, 00-121 Warsaw, Poland. Telefon: +48 22 617 4413/ +48 22 617 6256 atau Emel: [email protected].

Bagi mereka yang berada di Republik Czech boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Czechia: Alamat: Komornicka 1852/25, Praha - 6 Dejvice, Prague, Czechia. Telefon: (+420) 234-706-600/ (+420) 296-326-192 atau emel: [email protected]. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram