PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain melihat kekalahan di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super sebagai satu pengalaman berguna buat anak-anak buahnya.
Sang Kenari terpaksa menelan keputusan yang pahit apabila tewas 0-5 kepada The City Boys di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.
Menurut Nafuzi, dia secara peribadi tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi kepada pasukannya jika melihat kepada keadaan semasa Sang Kenari.
BACA LAGI: Selangkah ke Selangor FC, Kalamullah sah tinggalkan Sang Kenari, ramai lagi menyusul
Sebahagian aksi menarik yang ditampilkan oleh pemain muda Sang Kenari (jersi hijau kuning) dalam memberi cabaran kepada The City Boys. — Facebook/KDAFC
Pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu terpaksa beraksi tanpa pemain utama mereka yang mengambil keputusan untuk memboikot sesi latihan sehingga tunggakan gaji dilunaskan.
"Bagi mana-mana jurulatih, sukar untuk membuat persiapan sekiranya yang baik sekiranya pemain pasukan utama tidak beraksi.
"Kami mempunyai persiapan yang singkat, kira-kira empat hingga lima hari saja berlatih bersama dan ini adalah pasukan yang hanya kami ada untuk bermain dalam liga, saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk perlawanan ini.
"Saya harap masalah ini dapat diselesaikan segera. Kami akan kalah jika keadaan berterusan," katanya.
Dalam masa sama, Nafuzi turut mendedahkan dia akan kekal mengemudi Sang Kenari meskipun mengetahui bahawa ada lagi pemain yang bakal angkat kaki.
"Pemain mempunyai tanggungjawab mereka dan saya faham keputusan yang mereka perlu buat. Saya tahu ada yang akan tinggalkan Kedah lagi selepas ini tetapi saya tidak dapat mengesahkannya.
"Setakat ini, hanya Habib Haroon dan Kalamullah Al-Hafiz yang sudah sah tinggalkan Kedah," ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,