Tiada sejarah perjalanan ke luar negara, KKM kesan kes baharu mpox


  • Primer
  • Selasa, 17 Sep 2024

Pesakit merupakan warganegara Malaysia mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lalu. — Agensi/ Gambar hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes baharu membabitkan mpox atau cacar monyet di Malaysia.

KKM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan pesakit merupakan warganegara Malaysia mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lalu.

"Ruam pada badan pesakit pula muncul pada 12 September.

BACA LAGI : 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri

BACA LAGI : Enggan tragedi menimpa ayah sebelum Zuhur berulang, Azizul nekad buka akademi tawar latihan CPR, AED

"Pesakit juga tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

"Pesakit kini sedang isolasi dan berada dalam keadaan stabil. Semua kontak bagi pesakit itu sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara piawai (SOP) semasa yang ketat," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Jelas KKM lagi, daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini, hanya satu kes telah dilaporkan.

"Semua kes yang dilaporkan mempunyai sejarah aktiviti berisiko tinggi dan telah pulih tanpa kematian dilaporkan.

"KKM juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan pada 16 Ogos lalu.

"CPRC Kebangsaan terus memantau situasi mpox serta menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respons berkenaan," katanya.

Mpox diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos berikutan penularan pantas varian klad 1b dari Republik Demokratik Congo dan negara jiran di Afrika. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram