Tiga tersepit, bas ekspres 2 tingkat 'rempuh' pembahagi jalan di Ipoh


  • 112
  • Isnin, 16 Sep 2024

Penumpang lain yang mengalami kecederaan ringan sudah menerima rawatan daripada pegawai perubatan yang berada di lokasi.

TIGA penumpang cedera parah sementara 31 yang lain mengalami kecederaan ringan selepas sebuah bas dua tingkat terbabas dan merempuh pembahagi jalan di KM273 menghala selatan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ipoh, Perak.

Pembantu Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, tiga penumpang tersebut berada di bahagian bawah yang menyebabkan mereka tersangkut antara kerusi ketika kejadian pada pukul 1.10 pagi Isnin itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Kaki penunggang kena 'sapu' lepas konvoi RXZ Member 6.0 kemalangan sesama sendiri di Gopeng

BACA LAGI: [VIDEO] Penyanyi Reedzwann kemalangan, rakan maut di Trolak

"Kesemua mereka sudah diselamatkan dan dikejar ke hospital. Kesemua 30 penumpang yang berada di tempat duduk atas bas dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan.

"Masing-masing dapat menyelamatkan diri daripada kenderaan itu dan sudah menerima rawatan daripada pihak perubatan di lokasi kejadian," menurutnya sambil menyatakan operasi tamat pada pukul 2.45 pagi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram