Pemandu mengantuk berselisih maut Myvi terjunam 30 meter bawah jambatan di Melaka


  • 112
  • Rabu, 11 Sep 2024

Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Limbongan. — IPD Melaka Tengah

SEORANG lelaki nyaris maut selepas kereta dipandunya terjunam dari jejambat setinggi kira-kira 30 meter di Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka pada Rabu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan mangsa berusia 53 tahun dari Taman Paya Rumput Indah, Alor Gajah dekat Melaka itu terselamat dengan hanya mengalami cedera di bahagian badan dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Limbongan.

BACA LAGI: Bekas pembantu PM Anwar, Yusoff Rawther direman dakwaan miliki dadah dan senjata api

BACA LAGI: [VIDEO] Terhidu gas sisa kimia antara 4 kes ancam nyawa pelajar sekolah di Malaysia

Katanya, sejurus tiba di lokasi mangsa dipercayai terlelap akibat mengantuk sebelum keretanya terbabas dan merempuh penghadang jalan hingga terjatuh ke bawah jambatan berhampiran sebuah restoran.

“Pemandu mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Christopher menambah, polis sedang mengesan saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

isi dalamm

Keadaan kereta Perodua Myvi mangsa yang terjunam dari jambatan setinggi kira-kira 30 meter.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan, Abd Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 5.09 pagi.

Katanya, lapan anggota bomba termasuk tiga daripada Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba pukul 5.16 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati terdapat sebuah kereta terbabas dan terjatuh dari jejambat setinggi 30 meter.

“Terdapat seorang mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada kakitangan perubatan untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram