[VIDEO] 'Kurang satu undi', ramai persenda kematian rider RXZ Member, lupa bab ajal ketentuan ALLAH


  • Massa
  • Sabtu, 14 Sep 2024

Tangkap layar video memaparkan peserta RXZ Members 6.0 yang maut dalam kemalangan di Pahang pada Jumaat.

PROGRAM konvoi RXZ Members 6.0 semakin menjadi bualan ramai apabila berlakunya kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dengan pemandu kereta di Simpang Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang pada Jumaat.

Menerusi video tular di Facebook sejak Sabtu, penunggang terbabit maut di lokasi kejadian dipercayai berlanggar dengan kereta jenis Perodua Myvi putih.

Manakala, keadaan pemandu kereta itu belum dipastikan sama ada selamat atau tidak ketika kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Semoga ALLAH berkati dunia akhirat', peserta Acara RXZ Members 6.0 Terengganu berkumpul imarahkan masjid dan surau

BACA LAGI: Tak serik patah kaki, memori Kawasaki Kips, sokongan arwah suami penguat semangat teruskan Norehan hobi 'ride'

Dalam video sama, kelihatan kereta terbabit terperosok di dalam longkang

Difahamkan, mangsa bersama ahli RXZ lain dalam perjalanan dari Johor untuk menyertai acara tersebut di Terengganu.

Kejadian itu sekali gus meraih perhatian ramai sehingga ada sesetengah warga maya yang bertindak mempersendakan kematian mangsa.

"Mati hari Jumaat Insya-ALLAH lepas siksa kubur. Entah-entah dia berniat untuk menghayati kebesaran ALLAH," komen Camar Putih.

"Rugi kerajaan, kurang satu undi," seloroh Man Hasry.

Namun, ada juga yang menyelar percakapan tersebut kerana dianggap sebagai biadap dan tidak menghormati kematian mangsa.

"Kalau tak boleh nak komen murni, ucap takziah ke baca al-Fatihah, dah tertulis ajal dia," tulis BaeYi CheHassan.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram