[VIDEO] 'Semoga ALLAH berkati dunia akhirat', peserta Acara RXZ Members 6.0 Terengganu berkumpul imarahkan masjid dan surau


  • Hobi
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Orang ramai mulai membanjiri Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada Jumaat.

ACARA RXZ Members 6.0 menjadi perhatian ramai terutama dalam kalangan peminat motosikal sejak berlangsung pada Jumaat hingga Sabtu di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Manakan tidak, RXZ mempunyai pengikut setia kerana ciri-ciri prestasi dan gaya unik yang dimiliki motosikal berkenaan.

Baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengucapkan selamat datang kepada semua peserta RXZ Members 6.0 yang akan berkumpul di negeri itu.

BACA LAGI: Tak serik patah kaki, memori Kawasaki Kips, sokongan arwah suami penguat semangat teruskan Norehan hobi 'ride'

BACA LAGI: Feeling ala-ala di Krabi dan Korea, 5 port makanan menarik wajib pergi di Batu Pahat

WhatsApp Image 2024-09-13 at 5.24.09 PM

Peserta RXZ member digalakkan mengimarahkan Masjid Seberang Takir.

“Selamat datang buat semua peserta RXZ Members 6.0 yang akan membuka tirai cuti sekolah ini di Terengganu International Drag Strip Gong Badak, Kuala Nerus.

“Selamat datang juga buat semua pelancong ke Negeri Terengganu Darul Iman.

"Berhati-hati ketika memandu, patuhi undang-undang yang ditetapkan dan jaga etika ketika berada di jalan raya. Jika penat, berhenti rehat dan solat,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak semua peserta untuk bersama-sama mengimarahkan surau-surau dan masjid-masjid yang ada di negeri berkenaan.

Menerusi laman Facebook, Masjid Seberang Takir juga menjemput peserta RXZ untuk menghadirkan diri ke masjid berkenaan.

"Jom pakat imarah Masjid Seberang Rakir.

"Kepada sahabat-sahabat RXZ semua berhati-hati di jalan raya, semoga selamat pergi dan balik," katanya.

Tidak hanya itu, orang ramai dilihat tidak sabar untuk menimba ilmu menerusi program Sembang Santai bersama RXZ member 6.0 yang menampilkan penceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Kamaruzaman dalam pada 5 petang Jumaat.

Menerusi laman TikTok, UAI dilihat mengucapkan tahniah buat semua peserta RXZ member.

"Semoga selamat pergi dan balik. Jaga beraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Semoga semuanya berjalan lancar," katanya.

Majlis ilmu itu mendapat pujian ramai netizen yang beranggapan ia mampu memberi pengisian terbaik kepada orang ramai terutama anak muda.

"Ustaz sudah macam ikon RXZ member dah. Terbaik ustaz. Semoga yang baik-baik sahaja untk ustaz. Anak muda bersama ustaz," tulis Hasymaro Nashnarita.

"Alhamdulillah dapat tambah ilmu," tulis Hidayah.

"Semoga ALLAH memberkati dunia dan akhirat," tulis Wahibul Jannah.

"Alhamdulillah. Ustaz meraikan semua golongan dalam aktiviti agama. Inilah ciri-ciri ulama yang sebenar dan patut dicontohi orang ramai. Semoga ALLAH memberkati semua majlis agama," tulis Nur Cahaya.

Tidak hanya itu, seorang pengguna, Adeliaaulia juga melontarkan rasa bangga apabila Terengganu sering menyelitkan unsur keagamaan dalam majlis yang dibuat.

"Aku orang penang, kahwin dengan orang Terengganu. Selama jadi perantau di Terengganu, kalau ada apa-apa majlis mesti diselitkan juga dengan ceramah, zikir dan selawat. Mantap. Semoga Terengganu terus maju jaya," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram