Fahmi arah MCMC tak teruskan pelaksanaan kaedah penghalaan semula DNS


  • Primer
  • Ahad, 08 Sep 2024

MCMC menegaskan pelaksanaan penghalaan semula DNS itu tidak akan menjejaskan operasi pengguna.

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menghentikan pelaksanaan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).

Dalam satu hantaran di akaun X peribadinya, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira maklum balas diterima daripada orang ramai yang hadir ke sesi libat urus MCMC.

""Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak dan keluarga.

"Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC serta dari khalayak umum, saya meminta MCMC agar tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan DNS," katanya pada Ahad.

BACA LAGI: Fahmi Fadzil bimbang kewujudan lebih banyak akaun TikTok jadikan budak sebagai konten

BACA LAGI: Pegawai Jakim tak terlibat penggubalan dasar, hanya bantu pengisian rohani — Fahmi

PUTRAJAYA, 7 Dis -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada sidang media selepas Mesyuarat Pasca Kabinet di kementerian itu hari ini.Fahmi Fadzil memaklumkan nama kementerian diterajuinya kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, Dec 7 -- Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil at a press conference after the post-cabinet meeting here today.Fahmi Fadzil announced that his ministry is now known as Communications and Digital Ministry.--fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

Fahmi menegaskan Kementerian Komunikasi tidak akan berkompromi dalam isu tersebut.

Menurutnya, siri pertemuan dengan kesemua pemegang taruh akan membolehkan MCMC mengumpul pandangan serta cadangan sambil menegaskan kes berhubung jenayah siber amat meruncingkan.

Pada Sabtu, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen berkata arahan terhadap penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk mengalihkan trafik DNS yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri tidak akan menyekat pengguna daripada melayari laman web yang sah.

Katanya, laman web yang terkesan dengan tindakan itu ialah laman web yang menyalahi undang-undang negara, menyebabkan sekatan dikenakan supaya tidak dapat diakses orang ramai.

"Laman web yang tidak mempunyai kandungan yang berbahaya, tidak mempunyai sebarang isu, masih boleh diakses seperti biasa.

"Pelaksanaan arahan ini bertujuan melindungi pengguna daripada akses kepada laman web yang memiliki kandungan dalam talian berbahaya," katanya pada sesi penerangan isu sekatan DNS di Cyberjaya pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram