[VIDEO] Mat Jais maut jatuh pokok petai di Kampung Changkat Perah


  • 112
  • Khamis, 05 Sep 2024

Tangkap layar video memaparkan beberapa penduduk kampung mengusung mayat mangsa keluar daripada lokasi kejadian

SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari pokok petai berketinggian lebih 10 meter di kebun buah di Kampung Changkat Perah dekat Batu Kurau, Perak pada Khamis.

Ketua Polis Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, mangsa dikenali Hafiz Mohd Isa, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa ditemukan rakannya kira-kira pukul 11 pagi dalam keadaan parah dan kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Elak kes buaya sesat berulang, sudah tiba masa kerajaan pantau penjualan haiwan eksotik

BACA LAGI: [VIDEO] Ditangkap sekembali tunai umrah, akauntan penghidap HIV tekad diri bebas dadah

"Difahamkan mangsa melakukan kerja-kerja kebun termasuk mengambil upah memanjat pokok jering dan petai sejak berusia 20 tahun," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Semambu, malam Jumaat.

Sementara itu, melalui maklumat awal yang dikongsikan penduduk kampung di laman Facebook Kampung Changkat Perah Batu Kurau, mangsa yang lebih mesra dipanggil dengan nama Mat Jais dalam kalangan penduduk kampung meninggal dunia ekoran daripada kecederaan serius di anggota badan.

Melalui Facebook yang sama, seorang individu turut memuat naik satu video memaparkan beberapa penduduk kampung mengusung mayat mangsa keluar daripada lokasi kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram