DBKL sita gerai haram beroperasi selama 2 dekad di Jalan Langkawi


  • Primer
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Pihak DBKL melakukan sitaan terhadap gerai beroperasi tanpa permit di Jalan Langkawi.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan proaktif apabila mereka menyita lebih 20 gerai yang beroperasi secara tidak sah di Jalan Langkawi, Danau Kota, Kuala Lumpur.

Tindakan penyitaan tersebut dilakukan selepas menerima aduan daripada pemegang taruh, DBKL mengambil tindakan terhadap pengusaha yang mempunyai empat gerai besar dan beberapa gerai kecil tanpa permit.

Menurut ahli lembaga penasihat Kuala Lumpur, Andre Lai, DBKL akan sentiasa memerhati dan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang melanggar peraturan.

BACA LAGI: Padang bola terbiar kini berubah wajah, jadi tempat simpanan di Jinjang

BACA LAGI: 'Kalau tak terima adik autisme, saya enggan berkahwin dengannya'

"Ada dalam 26 gerai di Jalan Langkawi yang sudah beroperasi sejak dua dekad yang lalu.

"Daripada semua itu, ada empat yang mempunyai lesen statik, ada juga yang mempunyai lesen sementara dan majoritinys beroperasi secara haram," kata Lai.

Menurut Lai, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kewujudan gerai-gerai tersebut yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Malah, terdapat juga kerisauan mengenai keselamatan kerana peniaga meletakkan tong gas di tepi jalan yang boleh membahayakan orang sekeliling.

"Sebahagian daripada gerai yang ada menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pelanggan memberhentikan kenderaan mereka untuk membeli makanan.

"Terdapat perancangan untuk mengatur semula lokasi peniaga berlesen ke tempat yang lebih sesuai, sementara gerai-gerai haram akan dihapuskan.

"Lokasi semasa tidak begitu ideal untuk peniaga dan pelanggan," kata Lai. — The Star/JAROD LIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram