[VIDEO] Lubang benam telan motor, rider nyaris lemas sebelum sempat berenang selamatkan diri


  • Benua
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Tangkap layar video memaparkan usaha membawa keluar motosikal milik mangsa yang tenggelam ke dalam lubang benam tersebut.

SEORANG penghantar makanan di Gurgaon, India berdepan detik menakutkan apabila dia hampir lemas apabila terperosok masuk sebuah lubang benam dalam satu kejadian di tengah-tengah sebuah jalan dekat bandar tersebut pada Khamis.

Difahamkan, dalam kejadian itu, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan.

Bagaimanapun, ketika melalui kawasan Gurugram, jalan di lokasi berkenaan tiba-tiba runtuh menyebabkan dia terus jatuh menjunam ke dalam lubang berkenaan yang turut dibanjiri air.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Lepas tembusi pasaran hampir 30 negara, John ada misi jadikan Hausboom syarikat minuman terbesar negara

Ketika insiden berkenaan, mangsa dilaporkan sempat berenang menyelamatkan diri namun, motosikal dinaikinya terus tenggelam ke bawah.

Dalam pada itu, tular video memaparkan usaha membawa keluar motosikal mangsa di dalam lubang berkenaan yang dilakukan dengan menggunakan jentera berat.

Tidak dapat dipastikan kedalaman lubang berkenaan.

Difahamkan, bandar tersebut dilanda cuaca buruk dengan hujan lebat turun sejak beberapa hari sebelum kejadian sehingga menyebabkan terjadinya insiden banjir dan juga kerosakan infrastruktur jalan.

Insiden lubang benam itu merupakan kejadian ketiga melibatkan jalan runtuh di kawasan terbabit sejak beberapa bulan lalu sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap tahap penyelenggaraan infrastruktur di lokasi berkenaan khususnya melibatkan jalan raya dan sistem perparitan.

Pada Julai, sebuah bas yang sedang membawa pelajar sekolah terkandas selepas salah sebuah tayarnya bas yang membawa pelajar terperangkap di sebuah lubang berkedalaman 8 meter di sebuah jejambat bertingkat.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan berlaku ekoran kejadian tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram