MESKIPUN popular dalam dan luar negara, penyanyi Yuna pernah disenarai hitam dari memasuki Kanada, Amerika Utara selama beberapa tahun gara-gara teringin ke sebuah kedai makanan piza pada tengah malam.
Menerusi hantaran di Instagram Deborah Henry’s podcast baru-baru ini, Yuna berkongsi mengenai insiden yang berlaku sebaik sahaja dia selesai membuat persembahan di Detroit, Amerika Syarikat (AS) kira-kira 14 tahun lepas.
Ketika itu, penyanyi berusia 38 tahun itu dan beberapa orang rakannya berhasrat untuk menikmati piza di restoran yang menyediakan menu halal memandangkan ia beroperasi sehingga pukul 1 pagi.
BACA LAGI: [VIDEO] Terima aduan kotor ada tikus, Asyraf Wajdi terjah Dewan Selera MRSM Taiping
BACA LAGI: [VIDEO] Niat nak keluar kereta sarung baju hujan, wanita cedera parah kena hempap dahan pokok
“Bila tahu kedai tersebut halal, kami terus memandu dan selepas beberapa jam, kami nampak ada papan tanda yang tulis, anda kini sedang meninggalkan Amerika Syarikat. Kami sangat lapar ketika itu.
“Kemudian kami melalui satu terowong dan tiba di kawasan sempadan di antara Kanada dan Amerika Syarikat.
"Memang mengejutkan apabila kami cuba terangkan kepada kakitangan di situ, tetapi malangnya tidak berjaya kerana tiada visa, walaupun kami bawa pasport,” katanya.
Susulan itu, namanya telah disenarai hitam dari negara tersebut untuk beberapa tahun.
“Jadi, jika ingin membuat persembahan di Kanada, saya perlu melalui pemeriksaan yang sangat ketat (oleh imigresen).
“Malang sekali dalam kejadian itu kami tidak dapat makan piza,” katanya.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku ketika awal dia memulakan kerjaya muzik di AS sekitar 14 tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram