Baru 5 jam mohon doa peminat, bapa Fikry Ibrahim meninggal dunia pagi Jumaat


  • Hiburan
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Pelakon, Fikry Ibrahim sahkan ayahnya meninggal dunia pada pagi Jumaat.

BARU lima jam memohon agar para peminat mendoakan keadaan bapa, pelakon, Fikry Ibrahim sayu apabila ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat.

Berita sedih itu dikongsikan oleh pelakon drama Rahsia Hati Perempuan itu menerusi laman Facebooknya.

"Ayah saya, Ahmad Ibrahim sudah kembali ke rahmatullah.

"Doakan ayah saya diampunkan segala dosa-dosa beliau, dipermudahkan urusan dan ditempatkan bersama kalangan orang beriman. Terima kasih semua," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Terima aduan kotor ada tikus, Asyraf Wajdi terjah Dewan Selera MRSM Taiping

BACA LAGI: [VIDEO] Niat nak keluar kereta sarung baju hujan, wanita cedera parah kena hempap dahan pokok

photo_6256052348812119621_y

Hantaran Fikry Ibrahim lima jam lepas di laman Instagram.

Lelaki berusia 30 tahun itu bagaimanapun tidak berkongsi mengenai punca kematian dan lokasi pengebumian jenazah ayahnya.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran itu mendapat reaksi ramai rakan-rakan selebriti yang bersimpati serta mengucapkan takziah buat Allahyarham ayahnya.

"Takziah Fikry. Al-Fatihah," tulis Mimi Lana.

"Salam takziah kepada awak dan keluarga. Semoga dipermudahkan urusan," tulis Nana Sheme.

"Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh," kata Fendy Bakry. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram