PENYALAHGUNAAN dadah terus menjadi ancaman dalam negara dengan kemunculan pelbagai jenis bahan terlarang baharu yang digunakan secara meluas terutama sejak lima tahun kebelakangan ini.
Masalah itu bukan sahaja mempengaruhi kesihatan fizikal pengguna tetapi juga mempunyai implikasi serius terhadap kesihatan mental penagih dadah.
Sehubungan itu, memulihkan masalah mental yang dihadapi penagih dadah menjadi cabaran utama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selain merawat masalah ketagihan dalam kalangan klien.
BACA LAGI: [VIDEO] Sanggup tinggalkan bayi baru lahir kerana dadah, nenek muda ingin rasai erti merdeka sebenar
BACA LAGI: Anak jadi runner dadah geng kongsi gelap, ibu sentiasa ketakutan di rumah
Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan berkata, walaupun masalah mental itu tidak begitu kronik, ia memerlukan pendekatan khusus.
"Sehubungan itu, dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, AADK telah menubuhkan sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) khusus untuk klien yang dikesan mengalami masalah tersebut.
"Pada masa ini, pusat khusus untuk masalah mental terletak di Kota Tinggi, Johor, dengan kerjasama Hospital Kota Tinggi dan Hospital Tampoi, Johor.
"Asalnya, pusat ini bermula di Tampoi kerana lokasinya bersebelahan Hospital Tampoi. Namun, disebabkan premis di Tampoi dinaik taraf, pusat ini dipindahkan ke Kota Tinggi dan kemungkinan besar akan dipindahkan kembali ke Tampoi setelah pembangunannya selesai," katanya dalam temu bual ekseklusif bersama Majoriti baru-baru ini.
Siti Mariam Mursidan
Tambah beliau lagi, bagi menangani masalah mental dalam kalangan klien, AADK turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Selain itu, AADK juga melatih pegawai dan kakitangan terlibat di pusat AADK sendiri dengan kerjasama KKM supaya mereka lebih memahami dan boleh mengatasi simptom-simptom mental yang berbeza.
"Jika klien menunjukkan simptom serius, mereka akan dirujuk terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri dan stabilisasi. Setelah stabil, mereka akan kembali mengikuti program pemulihan di AADK," ujarnya.
@majoritiofficial Aileen berharap untuk mencapai kemerdekaan sebenar apabila dibebaskan daripada Puspen dan dapat membebaskan diri dari bahan terlarang itu. #puspen #sandakan #merdeka #majoriti #beritatiktok #trendingnews #kualalumpur #malaysia #virlavideo ♬ original sound - Majoriti Official
Siti Mariam turut mengakui, berhadapan dengan klien dengan masalah mental akibat penyalahgunaan dadah bukan sesuatu yang mudah.
Katanya, klien bermasalah mental sering berdepan situasi tidak menentu seperti rasa cemas dan ketagihan ubat penenang yang dicampur dengan dadah, hingga menyebabkan kelakuan mereka berubah di luar jangkaan.
"Pendekatan yang kita gunakan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa dengan mengambil kira kes yang kami terima.
"Apabila klien memulakan rawatan di AADK, mereka akan menjalani beberapa ujian saringan untuk menilai kestabilan mental dan fizikal.
"Jika ujian menunjukkan mereka sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom masalah kesihatan mental, mereka akan mengikuti program pemulihan seperti biasa," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram