[VIDEO] Terlajak posisi ketika berkawad, tindakan pantas anggota tentera elak peserta gadis dapat malu


  • Tular
  • Sabtu, 31 Ogos 2024

Tangkap layar video memaparkan detik-detik ketika seorang anggota tentera bertindak pantas menahan peserta perempuan pembawa sepanduk yang terlajak daripada posisi sepatutnya ketika perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya pada Sabtu.

SAMBUTAN Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada Sabtu menarik seramai kira-kira lebih 100,000 yang cukup teruja menyaksikan acara perbarisan yang berlangsung.

Pelbagai persembahan menarik ditampilkan sepanjang upacara gilang-gemilang tersebut yang bermula sejak pagi.

Dalam kemeriahan tersebut, turut terselit telatah menarik dan unik yang berjaya dirakam sama ada daripada peserta mahupun ribuan pengunjung yang hadir.

BACA LAGI: Bina aplikasi percuma bantu calon SPM ulang kaji pelajaran, pelajar MMU tersenarai kaut ganjaran hampir RM500,000

BACA LAGI: Graduan diploma dari Muar ambil peluang beralih bidang penuhi cita-cita miliki kebun sendiri

Antara yang mendapat perhatian dan tular di media sosial adalah video memaparkan gelagat seorang anggota tentera lelaki yang dilihat menahan seorang peserta wanita yang membawa sepanduk perarakan.

Kejadian itu menimbulkan kelucuan dalam kalangan warganet yang menyifatkan ia sebagai antara momen manis dalam acara perbarisan berkenaan.

"Eh eh ehhhm nasib abang askar ada," tulis hantaran yang memuat naik video dan disertakan dengan emoji tanda ketawa.

Berdasarkan klip berkenaan, seorang anggota tentera yang sedang mengawal perbarisan berkenaan dilihat menahan peserta wanita pembawa sepanduk berkenaan yang dipercayai terlajak daripada posisi yang sepatutnya.

Anggota berkenan juga meminta wanita berkenaan yang kelihatan manis memakai tudung putih untuk kembali ke posisi asal.

Di ruangan komen, rata-rata warganet tampil berkongsikan reaksi mengusik berhubung momen tersebut.

"Nak (anak)...inilah permulaan pertemuan ayah dan ibu dulu. Hehehehe," tulis Mursyid Sidek.

"Bujang lagi ke dua-dua..kalau bujang lagi boleh jadi lain ni," kata Amirul Haziq Salman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram