[VIDEO] Bunyi bingit muzik disyaki jadi punca, lelaki nyaris dipijak kuda 'naik minyak' ketika perbarisan di Putrajaya


  • Tular
  • Sabtu, 31 Ogos 2024

Tangkap layar foto memaparkan detik-detik cemas dihadapi seorang peserta perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang hampir dipijak oleh seekor kuda yang bertindak agresif secara tiba-tiba.

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila nyaris dipijak oleh seekor kuda yang secara tiba-tiba bertindak agresif Ketika acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.

Insiden terseut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi dan tular media sosial selepas ia dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Imal Rossi.

Berdasarkan klip berdurasi 41 saat itu, lelaki terbabit yang dipercayai peserta acara perbarisan itu pada awalnya dilihat sedang berlari anak dan seakan-akan tidak menyedari kehadiran segerombolan kuda yang sedang bergerak mendekati di belakangnya.

BACA LAGI: Bina aplikasi percuma bantu calon SPM ulang kaji pelajaran, pelajar MMU tersenarai kaut ganjaran hampir RM500,000

BACA LAGI: Graduan diploma dari Muar ambil peluang beralih bidang penuhi cita-cita miliki kebun sendiri

Tidak lama kemudian, tiga ekor kuda daripada gerombolan itu ditunggang oleh peserta perbarisan dilihat bertindak agresif secara tiba-tiba sebelum merempuhnya menyebabkan lelaki terbabit terjatuh.

Lelaki berkenaan juga tersangkut di bawah kaki salah seekor kuda tersebut dan nyaris dipijak.

6239898998286696542

Peserta (bulatan merah) terbabit dilihat boleh kembali bangun selepas insiden cemas itu.

Bagaimanapun, lelaki itu dilihat bernasib baik dan mampu bangun kembali dan bergerak ke arah tepi.

Salah seorang anggota tentera yang dipercayai sedang berkawal dalam perarakan berkenaan didapati turut menyedari mengenai situasi terbabit.

Berdasarkan daripada audio sebenar rakaman berkenaan, terdapat beberapa orang pengunjung didengar sedikit cemas terhadap insiden yang berlaku.

"Semoga abang itu tidak cedera apa-apa. Kuda mengganas di luar jangkaan," tulis Imal Rossi yang memuat naik video berkenaan di TikToknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, di ruangan komen, terdapat warganet berpandangan kuda berkenaan bertindak agresif kerana bunyi alat muzik di lokasi yang kedengaran agak bising.

"Bunyi gendang dengan simbal itu menakutkan dia. Bunyi simbal tu nyaring, trigger kuda tu. Koordinator perbarisan tak rancang betul-betul ke? Nasib baik dia tak rempuh orang ramai," tulis Azielahaneem Idris.

"Pantang larang kuda adalah bunyi bising dan manusia datang dari belakang mesti kena 'karate' terus mati. Itu baru sikit naik minyaknya. Kalau betul-betul, mati dah tu kene lanyak," kata Muhammad Raziman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

.