Polis minta bantuan cari bekas jururawat dari Shah Alam hilang sejak Februari lalu


  • 112
  • Sabtu, 31 Ogos 2024

Che Nurul (gambar kecil) dipercayai telah keluar dari rumah beralamat No 2 Jalan Kesum 24/37 Seksyen 24, Shah Alam pada 16 Februari lalu.

POLIS memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang bekas jururawat yang dilaporkan hilang sejak Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Che Nurul Izzah Che Salim, 36, pada pukul 9.27 malam tadi di Balai Polis Damansara.

Menurutnya, wanita itu yang sudah bercerai mempunyai dua orang anak, seorang lelaki serta seorang perempuan, berusia 11 dan sembilan tahun.

BACA LAGI: Bina aplikasi percuma bantu calon SPM ulang kaji pelajaran, pelajar MMU tersenarai kaut ganjaran hampir RM500,000

BACA LAGI: Graduan diploma dari Muar ambil peluang beralih bidang penuhi cita-cita miliki kebun sendiri

Shahrulnizam berkata, Che Nurul Izzah dipercayai telah keluar dari rumah beralamat No 2 Jalan Kesum 24/37 Seksyen 24, Shah Alam pada 16 Februari lalu.

"Kakaknya memaklumkan adiknya keluar rumah bersama anak-anaknya pada 16 Februari dan tidak tahu adiknya tinggal di mana. Che Nurul Izzah pernah berkhidmat sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan dilaporkan telah berhenti kerja pada 29 Ogos lalu (Khamis),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shahrulnizam berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa, boleh salurkan di balai polis berhampiran atau menghubungi Insp Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram