Merdekakan sistem pendidikan dari acuan Barat, generasi pejuang zaman Rasulullah contoh terbaik


  • Massa
  • Sabtu, 31 Ogos 2024

Malaysia sudah lama mewarisi legasi British dalam pendidikan, perundangan, perniagaan, politik, dan ekonomi. — Agensi

SEBELUM kami menjejaki ke Institusi Pendidikan Tinggi, sebagai mahasiswa kami pernah terfikir apakah maksud tinggi dalam perkataan institusi pendidikan tinggi kerana mahasiswa yang memperolehi ijazah sering dipandang tinggi oleh masyarakat.

Bila dikaji dari sudut sejarah, Malaysia sudah lama mewarisi legasi British dalam Pendidikan perundangan, perniagaan, politik, dan ekonomi. Menurut Prof Tamir dalam kajian beliau Constituting Religion, undang-undang Islam yang ada sekarang adalah dari Anglo-Muslim Law yang diperkenalkan oleh British, semasa Perjanjian Pangkor 1874.

Sistem peperiksaan dan sistem grading juga akhirnya diwarisi.

BACA LAGI: Apabila pendidikan ‘diniagakan’, status pelajar bertukar jadi pelanggan dibebani hutang

BACA LAGI: Tak sanggup hilang kawan kerana teguran, mahasiswa perlu buang mentaliti ‘kubur aku kubur engkau’

Mungkin anda seperti saya tertanya-tanya, di mana salahnya sistem pendidikan yang telah dicedok dari Barat?

Kelemahan sistem pendidikan Barat terletak pada sistem pendidikan yang menekankan gred dan reputasi sebagai kayu ukur kejayaan seseorang individu.

Namun, pembangunan jati diri dan sahsiah seseorang itu tidak lagi menjadi fokus utama dalam membentuk individu yang berjaya, terutama sekali sikap bertanggungjawab dalam menuntut dan mengamalkan ilmu.

Berbeza dengan sistem pendidikan dalam Islam di mana ia bersumberkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW adalah untuk membentuk manusia yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia, bukan gred atau nombor menjadi tujuan utama untuk mendapat ijazah, atau sekadar mencukupkan jam kredit.

KUALA TERENGGANU, 27 Mei -- Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu meraikan kejayaan setelah memperoleh keputusan cemerlang semasa ditemui di perkarangan Masjid Al Hidayah, Kampung Banggol Mempelam, hari ini.  Seramai 464 atau 2.83 peratus daripada 16,382 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2023 berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.   Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Jelani Sulong berkata lapan calon daripada enam buah sekolah termasuk seorang calon dari sebuah sekolah menengah harian berjaya mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran diduduki.  Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu, SM Imtiaz YT Besut, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, SM Sains Dungun, SM Sains Sultan Mahmud dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai.  ––fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sistem pendidikan semasa tidak mengukur “learning application” di luar kelas dan tiada tindakan jika ilmu itu tidak diamalkan. — Gambar Hiasan/Bernama

Perbezaan yang lebih jelas antara sistem pendidikan Islam dan Barat adalah tiada pemisahan antara ilmu agama dan ilmu umum dan yang paling penting sekali adalah apa yang dipelajari dalam kelas diaplikasikan di luar kelas, selari dengan model Nabi, “Sesungguhnya Rasulullah membaca kepada mereka (sahabat) sepuluh ayat mereka tidak akan menambah sepuluh ayat berikutnya, sampai mereka mengerti isi kandungan ayat-ayat tersebut dan mengamalkannya.” (Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad: 466. Hadis ke-23482).

Ini bermakna ilmu yang diperolehi perlu diamalkan dalam kehidupan seorang Muslim, berbeza dengan sistem pembelajaran sekarang yang menggalakkan penyertaan pelajar dalam kelas, tetapi di luar kelas, ilmu itu tidak perlu diamalkan malah terpisah dari kehidupan dan kemudian dilupakan.

Ini kerana sistem pendidikan semasa tidak mengukur “learning application” di luar kelas dan tiada tindakan jika ilmu itu tidak diamalkan.

Contohnya, ramai pelajar memperoleh “A” untuk subjek Islam, tentu lebih tahu berduaan dengan bukan mahram itu dilarang, tetapi perbuatan ‘bercouple’ tidak dihukum.

Tiada pelajar peduli untuk menegur kerana ia bukan peraturan universiti dan pelajar sendiri mahu menjaga reputasi dan hati kawan mereka. Sebaliknya jika kita melanggar peraturan yang ditetapkan universiti seperti menipu dalam peperiksaan, membawa peralatan elektrik yang dilarang, tidak hadir ke kelas pelajar akan dikenakan tindakan atau disaman.

KUALA BERANG, 26 Mei -- Ketua projek Sekolah Rimba Sungai Berua, Prof Dr Khatijah Omar (tengah) yang juga Timbalan Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama sukarelawan lain melakukan aktiviti membaca bersama pelajar- pelajar Orang Asli di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu.Kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan anak Orang Asli menjadi fokus pelaksanaan fasa dua projek Sekolah Rimba oleh UMT.Fokus dalam fasa yang bermula April lepas itu dibuat menerusi penekanan kepada elemen 3M yang lain iaitu muzik, makan dan main, hasil kerjasama padu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan dalam kalangan anak Orang Asli.Projek tersebut melibatkan sembilan pensyarah termasuk dua ahli geran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), dua pembantu penyelidik dan mahasiswa UMT sebagai tenaga pengajar meneruskan modul santai sebelum ini iaitu ‘Jom Ke Pasar Borong’ untuk subjek Matematik dan ‘Jom Masuk Hutan’ bagi mata pelajaran Sains, selain Bahasa Melayu dan Inggeris.-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kelemahan sistem pendidikan Barat terletak pada sistem pendidikan yang menekankan gred dan reputasi sebagai kayu ukur kejayaan seseorang individu. — Gambar Hiasan/Bernama

Mengapa peraturan-peraturan tersebut lebih berat hukumannya daripada menangkap pelajar yang berduaan di kawasan universiti sedangkan mendekati zina lebih berat hukumannya di sisi Islam?

Sebagai mahasiswa saya dan rakan-rakan lain sering tertanya apakah mesej yang hendak diterapkan dari ketidakpedulian ini?

Situasi diatas menunjukkan sistem pendidikan hari ini menekankan kecemerlangan akademik iaitu CGPA daripada pembentukan insan yang berilmu dan beramal.

Bila sibuk dengan tugasan dan program kami berasa hilang arah dan bingung, untuk apa sebenarnya semua ini dilakukan dan tujuan melakukan sesuatu. Adakah kerana mengejar kuantiti sehingga tidak

peduli tentang kualiti?

Oleh sebab ini pelajar universiti cenderung kepada sikap narsisisme, individualisme iaitu berlumba-lumba bersaing menjadi yang terbaik dan pentingkan diri sendiri bukannya untuk berganding bahu menyelesaikan masalah ummah sebagai satu jemaah.

Solusi - Generasi pejuang

Kami menemu bual seorang pensyarah yang diberi nama Puan Anom Syukri daripada Institut Pendidikan Guru tentang cara beliau dalam mendidik pelajarnya.

Beliau telah berkongsi sikap tegas dengan pelajarnya pada peringkat awal supaya mereka boleh dikawal dan sedar akan tanggungjawab mereka.

Selepas proses menerapkan tanggungjawab dalam diri pelajar, beliau melayan pelajarnya seperti rakan. Dari sinilah beliau membentuk hubungan dengan pelajar sehingga hasilnya pelajar menghormati guru sebagai pendidik dalam pada masa yang sama berasa selesa untuk berkongsi masalah mereka.

A Muslim man reading Al-Quran during the holy fasting month of Ramadan at Masjid Kapitan Keling in George Town, Penang . ( April 5,2022 ). —ZHAFARAN NASIB/The Star

Perbezaan yang lebih jelas antara sistem pendidikan Islam dan Barat adalah tiada pemisahan antara ilmu agama dan ilmu umum. — Gambar Hiasan/Agensi

Namun beliau tidak berkompromi dalam perkara benar dan salah dalam melayani pelajar sebagai rakan.

Cara pendidikan ini juga merupakan strategi Rasulullah mendidik sahabat-sahabat di mana Rasulullah disifatkan sebagai seorang yang berhemah bicaranya namun tegas dalam hal berkaitan haq dan batil seperti yang disebut di dalam surah Al-Qalam ayat 4 dan seterusnya ayat 9:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

“Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).”

Ayat ini membawa maksud bahawa Rasulullah bertindak berdasarkan al-Quran dan watak serta peribadi baginda adalah mengikut apa yang telah diajarkan kepada baginda melalui al-Quran.

Braille-iant effortSome 70 visually impaired students reading Braille Al-Quran during special lessons offered in the holy month of Ramadan in Seberang Takir, Kuala Terengganu. The classes are run by Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Terengganu. — Bernama

Hubungan yang baik antara guru dan pelajar boleh membentuk suasana sesi pembelajaran yang harmoni. — Gambar Hiasan/Bernama

Ini bermaksud apa yang diperintahkan di dalam al-Quran beliau lakukan, dan apa yang dilarang di dalam al-Quran ditinggalkan. Tiada kompromi.

Dari pendidikan cara Rasulullah begini, lahirlah generasi pejuang seperti Zaid bin Harithah, Ali bin Abu Talib, Tariq bin Ziyad, Usman Ertugrul, Salahuddin Al Ayubi yang berdisiplin, kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar sempadan, had-had yang ditetapkan oleh Rabb di dalam Quran dan berusaha mematuhinya sekali pun mereka tidak disukai, penat, sedih kerana mereka juga manusia biasa.

Bila mereka jatuh kerana kesalahan, mereka bangun dan belajar semula. Bukan reputasi yang difikirkan tetapi kesejahteraan umat dan tanggungjawab pada Ilahi. Bila mereka gagal, mereka mulakan sekali lagi. Bila ditegur, mereka berusaha memahami dan membaiki.

Inilah akhlak dan daya tahan yang tinggi, yang telah pun hilang dari institusi pendidikan tinggi, dan perlu dikembalikan segera, agar pendidikan itu sejajar dengan namanya ‘institusi pendidikan tinggi’. — Majoriti

Ain Syahdeena, Mardhiah, Mar’iyah merupakan pelajar Kursus UNGS 2290 Knowledge and Civilisation, UIAM Pagoh.

*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti.*

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram