Laporan kimia, 'post-mortem' belum diterima, kes Nur Farah Kartini disebut semula 7 Oktober


  • Prosiding
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

Arwah Nur Farah dilaporkan hilang untuk lima hari selepas mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit.

MAHKAMAH Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor menetapkan 7 Oktober bagi sebutan semula kes Nur Farah Kartini yang dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit sekitar Hulu Selangor, Selangor pada Julai lalu.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Asma Che Wan memberitahu pihak pendakwa raya masih belum memperoleh laporan kimia dan bedah siasat.

"Laporan kimia dan laporan bedah siasat masih belum diterima. Saya mohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes,” katanya pada Jumaat.

BACA LAGI: Selisih faham motif pembunuhan Nur Farah Kartini — KP Selangor

BACA LAGI: Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah famili hari ini

2811127

Mayat Nur Farah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit sekitar Hulu Selangor.

Peguam Nur Aida Md Zainuddin yang mewakili tertuduh Muhammad Alif Monjani mengesahkan perkara itu selain sudah menjangkakan tempoh proses laporan akan mengambil masa yang lama.

Alif yang merupakan polis berpangkat lans koperal berdepan pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini pada 26 Julai di sebuah ladang kelapa sawit antara pukul 9 pagi 10 Julai dan pukul 6 petang 15 Julai.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.

Ibu kepada mangsa serta beberapa anggota keluarga lain turut hadir di Mahkamah Majistret pada Jumaat.

Nur Farah Kartini yang merupakan bekas penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum tubuhnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit lima hari kemudian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram