Tunggu sebutan semula kes 30 Ogos, Lans Koperal Alif Monjani ke Penjara Sungai Buloh


Tertuduh (dua dari kiri) yang keluar dari Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor selepas selesai pertuduhan pada Jumaat.

SELEPAS didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, anggota polis berpangkat lans koperal yang juga suspek kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Tertuduh, Muhammad Alif Monjani ditempatkan di lokasi tersebut hingga menunggu hari sebutan semula kes yang ditetapkan pada 30 Ogos depan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu.

Tertuduh berusia 26 tahun sebelum ini didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Jumaat atas kesalahan membunuh Nur Farah Kartini.

BACA LAGI: Sepupu sayu hadir mahkamah KKB, mahu nasib arwah Nur Farah Kartini terbela

BACA LAGI: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah Kartini

6131757558633971307

Sepupu mangsa yang hadir di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor bersama adik ipar mangsa.

Terdahulu, tertuduh yang berpakaian kemeja-T hitam itu dilihat tenang ketika keluar dari perkarangan mahkamah selepas selesai sesi pendakwaan.

Prosiding tersebut juga dihadiri ahli keluarga mangsa yang kelihatan sayu selepas mendengar pertuduhan itu.

Sepupu mangsa, Sizursofia Smeth Jaya, 33, pada masa sama mengharapkan agar nasib Nur Farah terbela.

Sizursofia turut berkongsi bahawa mereka berpuas hati dengan siasatan polis dan pendakwaan tertuduh.

Terdahulu, tertuduh didakwa membunuh gadis berusia 25 tahun itu dalam kejadian di ladang kelapa sawit ladang di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor di antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram