AHLI keluarga berpuas hati dengan siasatan polis dan pendakwaan anggota polis berpangkat lans koperal yang juga suspek kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Sepupu mangsa, Sizursofia Smeth Jaya, 33, berkata, pihaknya mengharapkan agar nasib Nur Farah terbela selepas tertuduh akhirnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Saya sedih (dengan apa yang berlaku terhadap) Nur Farah Kartini, namun lega (suspek didakwa).
"Kita lihat sebutan semula kes pada 30 Ogos nanti. Mungkin kami sekeluarga akan berada di mahkamah untuk sebutan semula itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Jumaat.
BACA LAGI: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah Kartini
BACA LAGI: Kes bunuh Nur Farah Kartini, anggota polis didakwa Jumaat bawah Seksyen 302 KK
Peguam bela tertuduh, Nur Aida Md Zainuddin (tudung putih) ketika di mahkamah.
Sebelum ini, media melaporkan tertuduh yang juga berpangkat lans koperal yang juga suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan.
Tertuduh, Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa membunuh gadis berusia 25 tahun itu dalam kejadian di ladang kelapa sawit ladang di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor di antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.
Dalam prosidin tersebut, tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati dan Muhammad Azri Zakaria.
Suspek terdahulu tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menaiki kenderaan pacuan empat roda diiringi anggota polis dengan tangan bergari selain berpakaian kemeja T, seluar hitam, serta dikawal rapi penguat kuasa bertugas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram