SEORANG lelaki yang sedang membuat kerja baik pulih di sebuah rumah dekat Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak pada Rabu dikejutkan dengan penemuan mayat bayi yang ditanam di bahagian parkir bersimen kediaman terbabit.
Menurut laporan BH Online, penemuan mayat bayi yang belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai ditemukan dalam keadaan dibaluti kain sarung kira-kira pukul 11 pagi.
Difahamkan, ketika penemuan, lelaki terbabit sedang membuat kerja baik pulih di rumah berkenaan yang hendak disewanya.
BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain
BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta
Pengadu dipercayai sedang mengorek tanah di kawasan terbabit untuk meletakkan bancuhan simen kerana mahu menyimen semula lantai tempat letak kereta sebelum terjumpa cebisan kain sarung.
Ekoran daripada itu, lelaki berkenaan dikatakan menarik kain berkenaan dan membawa kepada penemuan mayat bayi di sebalik kain tersebut.
Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat, sekitar pukul 12 tengah hari susulan insiden berkenaan.
Setakat laporan ini ditulis, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram