Bukit Aman siasat geng penjenayah terlibat insiden tembakan di Sunway urus hasil samun RM8 juta sejak 2018


  • 112
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Insiden berbalas tembakan yang berlaku melibatkan penjenayah warga asing di Bandar Sunway.

POLIS masih melakukan siasatan mengenai aktiviti rompakan yang mempunyai kaitan dengan penjenayah warga asing dalam insiden tembakan dengan pihak berkuasa di Bandar Sunway, Selangor.

Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati suspek tersebut sudah berada dalam negara sejak 2017.

Shuhaily berkata, pihaknya perlu menjalankan siasatan lanjut untuk mencari punca bagaimana suspek boleh berada dalam negara dalam tempoh yang lama.

BACA LAGI: [VIDEO] Penjenayah terlibat kes samun bersenjata api maut berbalas tembakan dengan polis di Bandar Sunway

BACA LAGI: [VIDEO] Lori kontena rempuh Myvi di Bukit Kayu Hitam, polis bantuan alami kerugian RM3,000

Kuala Lumpur Police Chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain at a press conference on Kuala Lumpur police preparations for State Election at the Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters—SHAARI CHEMAT / THESTAR

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. — Shaari Che Mat/THE STAR

"Untuk mereka berada dalam negara ini begitu lama, kita perlu menjalankan siasatan sama ada suspek ada melakukan kerja-kerja lain atau tidak.

"Kita juga perlu melakukan siasatan sama ada mereka menghantar wang yang diperoleh secara haram ke luar negara," kata Shuhaily pada Rabu.

Pada Selasa, suspek dibunuh oleh pihak polis dalam insiden berbalas tembakan yang berlaku di Bandar Sunway.

Suspek pada mulanya diarahkan untuk berhenti namun tidak berbuat demikian.

Suspek kemudiannya melepaskan tembakan dan ia mengenai kenderaan polis sebanyak dua kali.

Shuahaily menambah yang suspek sebenarnya merupakan sebahagian daripada sindiket rompakan berskala lebih besar dengan 12 kes dikaitkan dengan mereka.

"Suspek merupakan sebahagian daripada sindiket rompakan yang lebih besar dengan terdapat sedozen kes dikaitkan dengan mereka. Kumpulan tersebut dipercayai aktif di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Shuhaily mengatakan terdapat 10 ahli sindiket tersebut masih lagi bebas dengan mereka bertanggungjawab kepada kerugian sebanyak RM8 juta hasil jenayah samun sejak 2018. The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram