Mpox bukan Covid-19 baharu — WHO


  • Benua
  • Selasa, 20 Ogos 2024

Pihak berkuasa kesihatan menegaskan Mpox bukan sejenis jangkitan Covid-19 baharu.

SEORANG pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan bahawa jangkitan Mpox bukan sejenis Covid-19 baharu meskipun ia mempunyai strain virus baharu dan lama.

Ini kerana menurut pegawai wilayah WHO, Hans Kluge, berbeza dengan penularan Covid-19, pihak berkuasa memiliki pengetahuan untuk mengawal penyebaran jangkitan itu yang sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet.

"Kita boleh dan mesti menangani Mpox bersama-sama. Jadi adakah kita akan memilih untuk meletakkan sistem untuk mengawal dan menghapuskan Mpox secara global?

"Atau kita akan memasuki satu lagi kitaran panik dan pengabaian? Bagaimana kita bertindak balas sekarang dan pada tahun-tahun akan datang akan adalah satu ujian kritikal untuk Eropah dan dunia, " katanya ketika sidang media pada Selasa.

BACA LAGI: Tawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan antara kunci industri runcit buku mampu kekal relevan

BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara

Mpox merupakan jangkitan virus yang menyebabkan luka nanah dan gejala seperti selesema yang lazimnya berada tahap ringan tetapi boleh membunuh.

Varieti Mpox clade 1b telah mencetuskan kebimbangan global kerana ia kelihatan lebih mudah merebak menerusi hubungan kontak rapat.

Satu kes varian disahkan minggu lalu di Sweden dan dikaitkan dengan jangkitan wabak yang semakin meningkat di Afrika.

2865349

Mpox merupakan jangkitan virus yang menyebabkan luka nanah dan gejala seperti selesema yang lazimnya berada tahap ringan tetapi boleh membunuh. — Agensi

Hans berkata, tumpuan pada strain klade 1 baharu memberi peluang kepada Eropah untuk memberikan fokus semula pada varieti klade 2 yang kurang teruk, termasuk nasihat dan pengawasan kesihatan awam yang lebih baik.

Kira-kira 100 kes baharu strain clade 2 Mpox kini dilaporkan di rantau Eropah setiap bulan, tambah Kluge.

Sementara itu di rantau ini, Indonesia dilapor merekodkan sekurang-kurangnya 88 kes Mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, dari 2022 hingga tahun ini.

Pada masa sama di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes baharu membabitkan Mpox atau cacar monyet di Malaysia setakat ini, biarpun berlaku peningkatan jangkitan di rantau Afrika baru-baru ini.

KKM memaklumkan, jumlah keseluruhan Mpox yang disahkan di negara ini kekal sembilan kes yang mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram