TULAR satu kejadian dipercayai cubaan culik yang didakwa dilakukan lima individu di Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka.
Video mengenai insiden tersebut turut dikongsikan di laman X oleh mynewshub pada Ahad yang memaparkan sekumpulan penduduk dilihat berjaya menahan dan sedang menyoal siasat seorang suspek di hadapan sebuah kediaman.
Dua klip berasingan mengenai kejadian itu yang masing-masing berdurasi 40 saat dan 17 saat turut tular di media sosial.
Berdasarkan maklumat awal dikongsikan di hantaran sama, polis dipercayai sudah berjaya menyelamatkan mangsa.
BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara
BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain
Dakwaan berlaku kejadian culik di Taman Kuala Permai, Kuala Sg Baru
Melaka.
Dua di antara mereka dapat ditangkap, manakala tiga dari mereka masih bebas. -Mynewshub pic.twitter.com/KqV8M9z1XI
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 18, 2024
Bagaimanapun, hanya dua daripada lima suspek dikatakan berjaya ditangkap sementara tiga lagi masih bebas.
Pada masa sama, identiti mangsa penculikan terbabit bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan.
Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram