KDA FC, The City Boys disaran jangan cari 'penyakit' menjelang jendela perpindahan


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

KL City FC dan Sang Kenari antara dua pasukan Liga Super yang dinasihatkan agar tidak merekrut beberapa wajah baharu menjelang jendela perpindahan kedua.

MENJELANG jendela perpindahan kedua liga yang akan dibuka 26 Ogos nanti, sudah pasti banyak pasukan sudah mengorak langkah awal dengan merekrut beberapa wajah baharu.

Kemasukan wajah baharu tersebut pastinya mahu membantu bahagian serangan dan pertahanan sebuah pasukan agar menjadi salah satu kelab yang digeruni.

Begitupun, ia bukanlah berita baik untuk beberapa pasukan yang kini mengalami masalah dalaman terutamanya dari segi faktor kewangan.

BACA LAGI: Pasang cita-cita pulang ke Penang, ramai pangkah kepulangan striker 'ceroi'

BACA LAGI: Selain Mat Don, 3 lagi bintang 'buangan' pendam hasrat kembali ke Liga M

WhatsApp Image 2024-08-15 at 18.34.59 (1)

Sang Kenari tewas 0-6 di tangan Harimau Selatan aksi Liga Super. Facebook/KDAFC

Sebaliknya, pasukan berkenaan perlu menyelesaikan isu pembayaran gaji pemain sedia ada terlebih dahulu daripada memikirkan selera besar merekrut pemain baharu yang dianggap bakal menambah bebanan kewangan.

Susulan itu, penyokong tempatan memberi nasihat kepada beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) agar tidak mencari 'penyakit' jika enggan terpalit sekali lagi dengan isu kewangan.

Meninjau ruangan komen, kelab Lembah Klang, Kuala Lumpur City FC dan pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air, Kedah Darul Aman FC antara yang disebut-sebut oleh peminat agar tidak membawa masuk wajah baharu menjelang jendela perpindahan nanti.

"Kedah boleh dah duduk diam-diam, jangan pula sibuk nak cari import, kena fikir masalah kewangan, guna saja pemain tempatan sedia ada," kata Nizam Nizam.

"Kami sebagai fans KL City harap pihak pengurusan jangan buat hal, selesaikan dulu masalah kewangan kelab," kata Zainuddin Amir.

"Kelab yang ada masalah kewangan tu tak payah fikirlah sangat pasal jendela perpindahan ni, bagi settle tu isu gaji," kata Harun Osman.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 18.38.55

KL City terpaksa berputih mata selepas tewas 0-2 kepada Terengganu FC. Facebook/KLCityfc

Sebelum ini, The City Boys dan Sang Kenari antara pasukan yang mencuri tumpuan penyokong tanah air selepas kegagalan pihak pengurusan kelab itu membayar gaji pemain.

Pada 6 Ogos lalu, tiga kelab Liga Super dilaporkan mempunyai tunggakan gaji serta caruman KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Mei dan Jun 2024.

Perkara itu dikesan Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB) selepas melakukan pemeriksaan terhadap dokumen yang diserahkan semua kelab Liga Super sebelum tarikh akhir 16 Julai lalu.

Pasukan KL City FC tidak dibenarkan mengambil pemain baharu pada jendela perpindahan kedua selepas dikenakan larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025 oleh FIB susulan isu deklarasi tunggakan yang tidak tepat ketika proses pelesenan kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram