MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menafikan dakwaan berlaku salah guna kuasa dan rasuah melibatkan penguat kuasanya seperti yang ditularkan di media sosial sejak Jumaat.
MPAJ menerusi satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut dan turut menegaskan bahawa tuduhan itu sama sekali tidak berasas, sebaliknya hanya bersifat provokasi semata-mata.
Menurutnya, isu berlaku ketika kakitangan majlis itu memberi taklimat kepada peniaga berkenaan pematuhan syarat lesen ketika program gotong-royong di gerai Built, Operate and Transfer (BOT), Taman Lembah Maju, Ampang, Selangor.
BACA LAGI: Kurang cahaya waktu malam, JKR respons punca lampu rosak sepanjang Jalan Lapangan Terbang Subang
Owner kedai tu ada salah juga, bkn betul semua. Tp tindakan berat sebelah ni mmg patut diambil tindakan. Boleh tak govt tetapkan undang2 ketat sikit utk pegawai2 yg ambil duit rasuah ni.
Ini kes pengiring vip tumbuk awam pn kena tatatertib je. pic.twitter.com/X6LfeW1QRt
— Nor Azam Budin (@norazambudin) August 16, 2024
"Pada pukul 4 petang (Khamis), MPAJ melaksanakan pemeriksaan di gerai BOT tersebut bagi menyemak keadaan dalam gerai (perangkap gris) dan pemantauan gerai (buka/tutup).
"Semasa semakan dibuat, kakitangan MPAJ dimaki hamun dan dihalang untuk membuat pemeriksaan di tapak," maklumnya.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menambah, beberapa individu dipercayai anak kepada salah seorang peniaga yang dikompaun membuat provokasi dan menghalang mereka daripada menjalankan tugas.
Jelasnya, beberapa peniaga dikenakan kompaun antaranya kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan ada juga yang melanggar syarat lesen dengan menggajikan pekerja warga asing.
"Segala tohmahan yang dilemparkan kepada kakitangan MPAJ adalah tidak berasas dan tiada sebarang salah guna kuasa memandangkan pemantauan dilaksanakan ke atas semua peniaga.
"Pihak MPAJ berharap penjelasan ini dapat memberikan gambaran sebenar kejadian yang berlaku di tapak niaga berkenaan," katanya.
Sebelum ini tular rakaman menunjukkan sekumpulan peniaga tempatan mendakwa kakitangan MPAJ dipercayai berhubung isu kompaun dan rasuah.
Menerusi hantaran itu, penguat kuasa berkenaan didakwa tidak mengenakan kompaun kepada peniaga warga asing dari Indonesia meskipun tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.
Salah seorang kakitangan MPAJ cuba menjelaskan perkara sebenar, namun keadaan menjadi lebih tegang selepas individu yang merakam mendakwa penguat kuasa berkenaan meminta 'duit kopi' daripadanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram