Orang awam dilarang terbangkan dron di lokasi persiapan, sambutan Hari Kebangsaan — CAAM


  • Primer
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Orang awam diingatkan untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa di sekitar lokasi persiapan sambutan serta perarakan seluruh negara sempena Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini. — Gambar Hiasan

ORANG awam diingatkan untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa di sekitar lokasi persiapan sambutan serta perarakan seluruh negara sempena Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, larangan ini bertujuan untuk memastikan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan selamat.

Katanya, ia juga bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam.

BACA LAGI : [VIDEO] Atok, nenek dan cucu dibunuh sebelum rumah dibakar, polis Muar kesan Azman

BACA LAGI : [VIDEO] Mayat wanita berulat ditemukan tidak berpakaian lengkap, polis Shah Alam klasifikasi kes mati mengejut

455300957_1042425687249766_4310200085727622957_n

Sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang risiko serta bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3).

“Larangan ini juga bertujuan untuk mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menjalankan latihan dan pertunjukan penerbangan formasi rendah di beberapa lokasi sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara sepanjang tarikh yang dinyatakan tersebut.

“Sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang risiko serta bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); peraturan 98, peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit UAS CAAM di e-mel [email protected] atau layari laman sesawang www.caam.gov.my. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram