Tiada barangan milik Nidza Afham hilang — Polis Selangor


  • 112
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Tiada kecederaan fizikal ditemukan pada mayat Nidza Afham yang ditemukan di Jambatan Sungai Klang.

POLIS mengesahkan tiada dokumen atau barang kepunyaan penyanyi, Nidza Afham, 23, yang hilang seperti didakwa malah ahli keluarganya juga tidak membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati tiada dokumen atau barangan milik mangsa yang hilang.

Malah, katanya, polis juga tidak menerima laporan dari mana-mana ahli keluarga yang menyatakan ada barang mangsa hilang.

BACA LAGI: ‘Kami saksi mereka bahagia’, adik Allayarham Nidza Afham jawab dakwaan abang ada masalah hubungan dengan teman wanita

BACA LAGI: Nidza Afham pernah cakap nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal sekarang tapi bukan begini ALLAH — Kakak

"Oleh itu orang ramai diingatkan tidak mengeluarkan sebarang penyataan negatif atau perkara yang tidak pasti berkaitan siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

2858409

Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor pada Selasa. — Bomba/ Media sosial

Terdahulu, laporan bedah siasat ke atas mayat arwah diputuskan sebagai 'Pending Laboratory Investigation' (menunggu laporan lengkap makmal).

Polis juga memaklumkan bahawa tiada lain-lain kecederaan fizikal ditemui dan siasatan diteruskan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, jenazah arwah Nidza Afham ditemui di Sungai Klang, Selangor kira-kira pukul 7 malam Rabu oleh beberapa pemancing di lokasi itu.

Allahyarham dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas keluar untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Dompet dan telefon bimbit mangsa ditemukan di Jambatan Sungai Klang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram