[VIDEO] Kes bakar 3 sefamili di Muar: Azman dicekup lepas seminggu diburu


  • 112
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Azman (gambar kecil) ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes rumah terbakar yang meragut tiga nyawa di Paya Redan, Pagoh.

SELEPAS kira-kira seminggu diburu, suspek kes kejadian bunuh dan bakar rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh, Johor pada Jumaat lalu, ditahan.

Menurut laporan Buletin TV3, suspek, Azman Mohamed Nor berusia 48 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar untuk direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan Jumaat lalu.

BACA LAGI: Atuk, nenek dan cucu maut rumah separuh kayu, batu dijilat api di Pagoh

BACA LAGI: Polis syak Azman bersembunyi di 3 daerah berhampiran Pagoh

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi, mangsa yang terkorban ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Allahyarham Noradriana selamat dikebumikan Sabtu lalu manakala jenazah datuk dan neneknya, masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi ujiian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.

Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut, namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang mendapati terdapat unsur jenayah.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan penangkapan suspek yang akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram