Belum ada yang mohon, platform internet, media sosial sedia dilesenkan — Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Sabtu, 03 Ogos 2024

Penyedia internet dan media sosial secara dasarnya sudah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan. — Gambar hiasan

PENYEDIA perkhidmatan pesanan internet dan media sosial secara dasarnya sudah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dinyatakan pada pertemuan dan sesi libat urus bersama beberapa penyedia perkhidmatan tersebut di Singapura baru-baru ini.

Fahmi bagaimanapun berkata, masih belum ada penyedia perkhidmatan berkenaan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen setakat ini.

BACA LAGI: Kerajaan tutup operasi penyedia media sosial tiada lesen mulai 1 Januari 2025 — Ahmad Zahid

BACA LAGI: Operasi pembenihan awan tingkatkan paras air di Kedah, Perak bermula Isnin

6156552460668354093

Fahmi Fadzil melakukan sesi pertemuan di Singapura baru-baru ini. — The Star

"Kami masih belum lagi menerima permohonan sebab kita baru umum 1 Ogos lepas berkenaan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial. Sekarang proses libat urus dan saya baru balik dari Singapura bertemu dengan semua platform," katanya pada Sabtu.

Beliau pada masa sama yakin dan percaya dengan kesediaan secara dasar untuk dilesenkan berdasarkan pertemuan dan perbincangannya itu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa mana-mana perkhidmatan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa merupakan satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil mengikut Akta 588.

Menurutnya, penguatkuasaan tersebut dilakukan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang menggesa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet di negara ini mematuhi undang-undang Malaysia.

Tindakan tegas juga akan dikenakan terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet di Malaysia yang enggan mematuhi peraturan kerajaan.

Kerajaan juga mengambil langkah menutup operasi penyedia perkhidmatan tersebut sekiranya melanggar arahan memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram