PELAKSANAAN program amal atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara tanggungjawab penting yang digalas oleh setiap individu.
Melibatkan diri dalam program sedemikian sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada masyarakat.
Berkongsi pengalaman sebagai bekas penyelaras program, Nur Hakimah Azlan, 24, tidak menafikan bahawa ia sememangnya mampu memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kebajikan keluarga.
BACA LAGI: Kehilangan ayah ketika berusia 30 hari, pelajar Politeknik kejar impian jadi jurutera
BACA LAGI: Doktor anak 4 bijak manfaat masa 15 minit sebelum tidur
Warga emas di sebuah pusat kebajikan di Johor Bahru, Johor. — Yayasan JDT
Hakimah berkongsi, sepanjang berkhidmat di Yayasan JDT untuk menyelaras program amal dan CSR kepada golongan memerlukan, terdapat banyak kisah yang menyentuh hatinya sehingga kini.
Katanya, situasi paling menyayat hatinya apabila melihat keadaan para penghuni di sebuah pusat kebajikan di Johor Bahru, Johor pada 2023.
"Antara momen yang paling beri kesan kepada saya selepas dengar jawapan warga emas yang berada di sebuah rumah orang tua.
"Bila saya tanya macamana mereka boleh ada di sini? Sampai ada yang cakap anak buang dan diabaikan anak-anak yang tak mahu lagi jaga mereka," katanya kepada Majoriti.
Keadaan warga emas yang kebanyakannya diabaikan anak-anak. — Yayasan JDT
Bukan itu sahaja, menurutnya, ada juga warga emas yang masuk ke dalam pusat kebajikan itu kerana tidak berkahwin atau tiada tanggungan anak.
Namun, lebih meruntun jiwanya ketika dia melihat keadaan seorang kanak-kanak lelaki yang terlantar sakit di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di kawasan sama.
"Paling buat saya sebak bila ada seorang kanak-kanak lelaki yang sakit teruk sejak lahir dibuang ibu bapanya.
"Dia ada ibu bapa, tapi mereka memang tak mahu jaga budak itu dan serahkan semua kepada penjaga di pusat jagaan," jelasnya.
Situasi itu sekali gus memberi keinsafan serta meningkatkan rasa syukur dalam diri seseorang itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram