BERGELAR seorang doktor dalam sektor kesihatan awam bukan semudah yang disangka lebih-lebih lagi apabila memikul tanggungjawab sebagai ibu.
Situasi itu yang dihadapi pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur, Dr. Siti Rahayu Abd Samad sepanjang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama lapan tahun.
Beliau yang lebih senang dengan panggilan Dr Ayu berumur lingkungan 30-an berasal dari Johor itu berkata, kesibukan bekerja tidak menghalang dan mematahkan semangatnya untuk menguruskan keluarga tercinta.
BACA LAGI: Kanak-kanak ada kolesterol tinggi berpotensi dapat penyakit jantung awal
BACA LAGI: Tiga gaya hidup sihat pelajar patut amal untuk kekal cemerlang dalam pelajaran
Dr Ayu juga aktif melibatkan diri dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Ibu kepada empat orang anak yang masih kecil itu juga berkongsi, meskipun mempunyai waktu singkat selepas bekerja, anak-anak dan suami tetap menjadi keutamaannya.
Katanya, cara yang selalu digunakan adalah memastikan dapat meluangkan masa dengan anak-anak pada waktu malam sebelum mereka tidur.
"Jadi doktor memang sibuk dan terkejar-kejar sampai nak makan pun tak sempat kerana pesakit terlalu ramai.
"Tapi, biasanya saya akan ambil masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anak-anak tidur, saya bermain dan buat aktiviti sikit dengan mereka," katanya kepada Majoriti.
Dr. Ayu yang juga seorang daripada penulis buku berjudul Resus: Harapan Masih Ada dan mentor untuk Youth of Strength Happines (YOSH) MyFundaction berkata, urusan persekolahan dan pendidikan anak-anaknya juga tidak sesekali diabaikannya.
Dr. Ayu berkhidmat sebagai kakitangan kesihatan awam selama lapan tahun.
Menurutnya, dia tiada pilihan lain selain menghantar anak ke sekolah harian dan tidak memilih untuk melakukan pembelajaran di rumah atau homeschool.
Meskipun begitu, Dr. Ayu mengambil pendekatan memberi pendedahan awal kepada anak-anaknya terhadap realiti dan situasi yang berlaku di kawasan setempat.
"Sangat mustahil kalau saya nak buat homeschool dengan kerjaya sekarang. Tapi, saya tak mahu anak-anak sentiasa berada dalam ruang tertutup dan biarkan mereka kenal dunia sebenar.
"Saya nak tengok anak-anak bergaul dengan orang sekeliling dan pada masa sama masih memantau dari jauh dan berserah kepada ALLAH," katanya.
Dr. Ayu juga berkata, menggunakan pertolongan daripada ahli keluarga lain turut menjadi antara caranya bagi memastikan urusan keluarganya berjalan dengan lancar setiap hari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram