Remaja 17 tahun tak balik rumah di Sikamat, keluarga lapor polis, harap Nur Farah Dania selamat


  • Massa
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Ahli keluarga mangsa memohon bantuan orang ramai bekerjasama mengesan anak remaja perempuan mereka yang hilang.

REMAJA perempuan berumur 17 tahun, Nur Farah Dania Mohd Erwadi dilaporkan hilang kira-kira pukul 7 pagi pada Rabu dan lokasi terakhirnya adalah di Taman College Heights, Sikamat, Negeri Sembilan.

Menurut satu perkongsian yang di muat naik di laman Facebook, ahli keluarga remaja perempuan berkenaan terlalu risau dan menanti kepulangan anaknya itu.

6149966038125624804

Perkongsian mengenai remaja perempuan hilang di Sikamat, Seremban.

Difahamkan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah itu menghilangkan diri bersama telefon bimbit, beg sekolah dan bekas alat solek.

Susulan itu, ibu bapanya telah membuat laporan polis dan memohon kerjasama orang ramai untuk menghubungi mereka sekiranya ternampak Nurul Farah Dania.

Mereka meminta Nur Farah Dania segera pulang kerana begitu risau akan keselamatannya.

"Saya mohon orang ramai bantu jika tahu atau melihat Farah," katanya. — Majoriti

BACA LAGI: Mayat kedua mangsa lemas Pantai Batu Layar ditemukan celah batu

BACA LAGI: Pelajar Tingkatan 5 dikhuatiri lemas, hilang ketika tangkap ikan di Sungai Pahang

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram