Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilapor terbunuh di Iran


  • Benua
  • Rabu, 31 Jul 2024

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh selepas beliau menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran.

PEIMPIN Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan maut terbunuh di Tehran, Iran menurut kumpulan pejuang Palestin Hamas pada Rabu.

Perkara itu disahkan pengawal Revolusi Iran, dipercayai berlaku beberapa jam selepas beliau menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu negara tersebut.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas kematian itu dan Amerika Syarikat (AS) juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Pejuang Hizbullah balas dendam, lancar puluhan serangan roket ke utara Israel

BACA LAGI: Israel serang Beirut, ketua komander Hezbollah antara terkorban

Namun, kematian itu berlaku kurang 24 jam selepas tentera Israel mendakwa telah membunuh komander Hizbullah, Fuad Shukr di Beirut, Lubnan pada Selasa.

Ia sekali gus menguatkan dakwaan bahawa kematian itu merupakan angkara Zionis.

Sementara itu, Pegawai Kanan Hamas, Sami Abu Zuhri menyifatkan perbuatan terkutuk itu bertujuan untuk mematahkan semangat Hamas.

"Hamas akan meneruskan jalan yang kami ikuti, kami yakin akan kemenangan," katanya.

Untuk rekod, Haniyeh yang biasanya bertugas di Qatar, telah menjadi wajah diplomasi antarabangsa kumpulan Palestin dalam perang yang dicetuskan oleh serangan diketuai Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Dilantik ke jawatan tertinggi Hamas pada 2017, Haniyeh telah melarikan diri dari sekatan perjalanan di Semenanjung Gaza sekali gus membolehkannya bertindak sebagai perunding dalam rundingan gencatan senjata dan berbincang dengan sekutu Hamas, Iran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram