Dewan Rakyat kutuk pembunuhan pemimpin Hamas


  • Primer
  • Rabu, 31 Jul 2024

Dewan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman dan keganasan dilakukan rejim Zionis.

DEWAN Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman rejim Zionis Israel susulan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas yang juga bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, di Tehran, Iran pada Rabu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang ketika ini berada di Tehran berkata, beliau bersolidariti dan bersama dengan rakyat Palestin.

BACA LAGI: Unit Media PM kutuk Meta padam gambar pertemuan Anwar-Ismail di Doha

BACA LAGI: Muda-muda lagi aura pemimpin sudah ada, Arif Aiman tak keseorangan galas tanggungjawab kapten

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Saya mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin atas gugur syahidnya Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas dan pengawal peribadinya yang terbunuh dalam serbuan rejim Zionis di kediamannya di Tehran.

"Dewan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman dan keganasan ini," katanya dalam hantaran di platform X, pada Rabu.

Johari berada di Iran bagi mengadakan pertemuan dengan Masoud Pezeshkian sempena peristiwa bersejarah pemilihan dan pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Islam Iran.

Sebelum ini, media melaporkan Ismail terkorban dalam serangan udara Israel di kediamannya di Tehran, Iran.

Kementerian Luar juga mengutuk pembunuhan itu sebagai satu tindakan keganasan yang harus dikutuk.

"Malaysia dengan tegas mengutuk semua tindakan keganasan, termasuk pembunuhan yang disasarkan, dan menggesa semua negara yang cintakan keamanan untuk bersama-sama mengecam perbuatan tersebut," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu (31 Julai). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram