'Lagi bising lebih baik', Zii Jia tak mahu beri tekanan kepada diri sendiri hadapi Olimpik Paris


  • Podium
  • Isnin, 29 Jul 2024

Zii Jia (kiri) ketika menewaskan Viren dalam aksi Kumpulan G. — Agensi

BUNYI bising di dalam Arena Adidas di Port de la Chapelle, Perancis sangat kuat sehingga pemain lawan tidak dapat mendengar perkara yang dikatakan oleh pengadil.

Namun, situasi itu sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan Lee Zii Jia.

Sebaliknya, pemain perseorangan badminton lelaki negara itu percaya kehadiran ramai peminat di stadium adalah petanda baik untuk sukan tersebut.

BACA LAGI: Lebih 60 tahun tak banyak berubah, tiba masa semak semula prinsip persempadanan kawasan pilihan raya

BACA LAGI: Siasatan kapal selam Scorpene: SPRM jumpa petunjuk baharu

“Perbezaan antara Tokyo (Sukan 2021) dan di sini ialah kehadiran peminat. Saya dapat rasakan suasana, persekitaran di sini sangat bagus. Stadium penuh dan ia petanda baik untuk sukan kami.

“Orang ramai di sini membuat bising dan kadangkala saya tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh pengadil.

“Ia agak berbeza daripada apa yang saya lalui dan kami perlu menyesuaikan diri dengan situasi itu,” katanya.

Malaysia's Lee Zii Jia hits a return against China's Li Shifeng during their men's singles final match at the 2022 Thailand Open badminton tournament in Bangkok on May 22, 2022. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

Zii Jia merupakan antara atlet sandaran negara untuk meraih pingat emas sulung untuk Malaysia dalam temasya Olimpik. — Agensi

Peminat tidak dibenarkan berada di stadium di Tokyo tiga tahun lalu kerana pandemik Covid-19.

Pada waktu ini, Zii Jia sedang bersaing dalam Olimpik keduanya di Paris selepas membuat penampilan sulung di Tokyo.

Pada Ahad, pemain berusia 26 tahun itu bermula dengan baik selepas menewaskan pemain Sri Lanka, Viren Nentasinghe 21-14, 21-12 dalam aksi Kumpulan G.

Zii Jia, yang berharap untuk menjadi atlet Malaysia pertama meraih emas, gembira dapat memulakan kempennya dengan kemenangan itu.

“Saya gembira memenangi perlawanan pertama saya dalam Olimpik ini. Ia satu permulaan yang baik untuk saya dan semoga ia akan menjadi lebih baik dan lebih baik.

“Semua orang mahu berada di Olimpik dan di podium, jadi saya fikir buat masa ini saya cuba bertenang dan tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri,” ujarnya kata Zii Jia.

Zii Jia akan menentang pemain nombor 62 dunia dari Sepanyol, Pablo Abian dalam perlawanan di peringkat kumpulan seterusnya.

Sementara itu, dalam perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei akan membuka kempen dalam Kumpulan H menentang Johanita Scholtz dari Afrika Selatan pada Isnin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram