DALAM era digital yang pesat berkembang, platform media sosial telah menjadi medium utama untuk komunikasi, hiburan dan penyebaran maklumat.
Bagaimanapun, kebebasan yang ditawarkan oleh platform-platform itu juga membuka ruang kepada penyebaran konten yang tidak bijak dan berbahaya.
Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial berasakan langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang memerlukan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), merupakan satu langkah tepat.
BACA LAGI : Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan
BACA LAGI : Platform media sosial, pesanan internet wajib mohon lesen mulai 2025
Seorang penceramah teknologi maklumat, Adil Hidayat Rosli berkata, langkah mengenakan lesen kepada platform media sosial dan mesej internet dilihat sebagai satu keperluan mendesak untuk menangani isu-isu yang berunsur negatif dan memastikan generasi muda menghargai kepentingan pendidikan.
Adil yang lebih dikenali sebagai Pendakwah Teknologi berkata demikian selepas berkongsi satu video podcast yang menjemput pempengaruh media sosial sebagai dma Islam yang mempertikaikan sistem pendidikan.
"Inilah sebabnya kenapa kerajaan perlu mengenakan lesen kepada platform media sosial dan mesej internet.
"Kepada adik (dma Islam) yang bercakap dalam video ini, tolong berhenti memalukan diri sendiri, memalukan orang Melayu dan orang Islam.
"Sekiranya anda kenal adik ini, mohon tolong nasihatkan beliau.
"Saya amat berharap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan MCMC mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang merendah-rendahkan kepentingan pelajaran secara terang-terangan di media sosial.
"Dulu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekarang ijazah pula," katanya.
Tambah Adil lagi, situasi itu menimbulkan persoalan sama ada terdapat agenda terancang untuk memastikan generasi muda, terutamanya berbangsa Melayu, tidak mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidikan.
"Hairan saya, seolah-olah ada agenda terancang untuk memastikan generasi muda terutamanya berbangsa Melayu untuk tidak ambil peduli tentang ilmu pengetahuan dan pelajaran.
"Semua sibuk disuruh jadi 'founder'," tulisnya.
Melihat kepada video yang dikongsikan itu, keperluan kerajaan mengenakan lesen kepada platform media sosial dan mesej internet menjadi semakin jelas dalam situasi semasa.
Ini kerana, dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang remaja bercakap mengenai isu pendidikan dengan nada yang memalukan, mencetuskan kebimbangan tentang kesan negatif media sosial terhadap generasi muda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram