Beberapa laluan di Putrajaya ditutup sempena sambutan Hari Pahlawan


  • Primer
  • Selasa, 30 Jul 2024

Beberapa laluan di Putrajaya akan ditutup untuk sambutan Hari Pahlawan. — Agensi

SEBAHAGIAN daripada jalan di Putrajaya akan ditutup bersempena sambutan Hari Pahlawan yang diadakan pada 31 Julai (Rabu).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata dalam sebuah kenyataan, kawasan di Dataran Pahlawan Negara, Laman Putra 4 Presint 1, Putrajaya bermula 7.30 pagi hari berkenaan.

"Penutupan jalan sementara bermula 7.30 pagi dan akan dibuka semula secara berperingkat setelah tetamu kehormat melalui dan selamat sampai ke majlis tersebut mengikut masa yang ditetapkan," kata Mohd Zamzuri.

BACA LAGI: Sabah sentiasa sebahagian penting daripada Malaysia — Kementerian Luar Negeri

BACA LAGI: Penggunaan kod QR di Jabatan Imigresen tingkat kemajuan industri kapal persiaran

Screenshot 2024-07-29 234350

Peta laluan yang menunjukkan laluan ditutup semasa sambutan Hari Pahlawan 2024.

Kata Mohd Zamzuri, terdapat tiga jalan yang akan terkesan dengan penutupan tersebut iaitu Bulatan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.

Tambah Mohd Zamzuri, kenderaan yang melalui bulatan tersebut akan diberhentikan oleh pihak polis semasa nyanyian lagu Negaraku dan akan dibenarkan melaluinya selepas tembakan meriam selesai.

Untuk sambutan ini, Mohd Zamzuri berkata seramai 82 anggota akan ditugaskan dengan raptai penuh dilakukan pada Isnin.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai perkara ini atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-8886 2138.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram