Penggunaan kod QR di Jabatan Imigresen tingkat kemajuan industri kapal persiaran


  • Primer
  • Isnin, 29 Jul 2024

Kerajaan dalam usaha menambah baik sistem pelayaran kapal persiaran Malaysia. — Gambar hiasan

KERAJAAN sedang mengkaji beberapa usaha dalam meningkatkan kemudahan pelabuhan pelayaran dan memperkemaskan pelepasan pelancong dalam industri kapal persiaran Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia adalah beberapa peningkatan yang diperlukan untuk menaik taraf sistem pelabuhan negara ini sekali gus menarik lebih ramai pelancong dan meningkatkan ekonomi negara.

Anthony berkata, industri pelayaran membawa masuk kira-kira 1.5 juta pelancong pada 2023 yang menunjukkan terdapat keperluan untuk penambahbaikan dalam industri itu.

BACA LAGI: Pengunjung lelaki, wanita kolam air panas di Besut diasingkan selewatnya pada 2025

BACA LAGI: Polis dirempuh mat rempit di Seremban alami pendarahan otak, ditidurkan beri ruang berehat

Transport Ministry YB Anthony Loke visiting TBS, Kuala Lumpur to checking the tickets and buses situation during the upcoming Hari Raya festival. —LOW LAY PHON/The Star

Anthony Loke

"Setiap kapal persiaran membawa beribu penumpang ke negara kita memberikan peluang ekonomi yang ketara.

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai pelabuhan asal yang akan menarik lebih ramai pelancong dan menghasilkan keuntungan ekonomi yang lebih besar," katanya.

Loke berkata, satu penubuhan jawatankuasa teknikal yang diketuai oleh Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya dipersetujui untuk menggalakkan pertumbuhan industri.

Katanya, bagi memastikan proses pergerakan penumpang dapat dipercepatkan, penggunaan sistem kod QR Jabatan Imigresen akan mempertingkatkan lagi industri itu.

"Sistem pelayaran sedia ada juga akan dinaik taraf untuk meningkatkan kapasiti yang melibatkan Klang, Selangor; Pulau Pinang, Langkawi, Kedah; Melaka, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

"Walaupun pelabuhan ini masih belum dilengkapi kemudahan pelayaran, kebanyakannya boleh menampung kapal persiaran jika pelarasan dibuat.

"Justeru, kita menggalakkan setiap kerajaan negeri yang berpotensi menerima kapal persiaran di pelabuhan masing-masing untuk mempromosikan kawasan mereka kepada pengunjung asing," katanya.

Loke berkata pada masa ini hanya Langkawi, Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang mempunyai terminal pelayaran khusus, manakala kawasan lain pula berkongsi kemudahan dengan kapal kargo. — The Star/JUNAID IBRAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram