Pertambahan laluan baharu di Jalan Tun Razak, lancarkan aliran trafik


  • Primer
  • Isnin, 29 Jul 2024

Objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu sibuk.

PENGGUNA jalan raya boleh menarik nafas lega berikutan laluan baharu telah ditambah di Jalan Tun Razak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Penaiktarafan itu bermula pada 2020 melibatkan jalan bersambung sepanjang 1.4 kilometer (km) dari Jalan Tun Razak sehingga Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata, projek itu selesai pada Mei selepas ia tertangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA LAGI: Ada warga emas terlantar sakit, pihak pemaju didakwa tak simpati lihat nasib penduduk Kampung Sungai Baru

BACA LAGI: Warga asing bebankan hospital awam, KKM perlu cari jalan efektif selain kaedah insurans β€” MMA

Screenshot 2024-07-29 172311

Penaiktarafan itu melibatkan jalan bersambung sepanjang 1.4kilometer (km) dari

Jalan Tun Razak sehingga Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru).

"Kami telah menerima maklum balas positif mengenai kerja-kerja menaik taraf dan aliran trafik sudah bertambah baik," katanya.

Tambahnya, kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) tahun lepas mendapati seorang penduduk Lembah Klang menghabiskan purata satu hingga dua jam sehari dalam kesesakan lalu lintas.

β€œItu bersamaan dengan 44 jam sebulan atau lebih 500 jam setahun.

"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaporkan, kira-kira 1.7 juta kenderaan memasuki Kuala Lumpur pada waktu sibuk dan purata kira-kira enam juta kenderaan di ibu kota setiap hari menjadikan purata produktiviti yang dibazirkan sudah tentu sangat besar," katanya.

Objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama sekali pada waktu sibuk daripada Tahap Perkhidmatan (LOS) Kategori F (aliran terburuk) kepada LOS Kategori C (aliran stabil).

LOS digunakan untuk mengukur tahap kelancaran aliran trafik di jalan raya dan persimpangan.

Kesesakan itu berpunca daripada kekurangan jalan susur memasuki jalan utama dari Jalan Tun Razak dan jalan susur Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh).

Untuk mengatasinya, projek itu menambah lorong di kedua-dua arah Jalan Tun Razak.

Ia juga memasang penghadang sebagai panduan aliran trafik dan pelebaran lima struktur jambatan di beberapa lokasi seperti landasan kereta api (KTMB), Jalan Kuching, Sungai Batu dan jejantas Jalan Sultan Azlan Shah.

Projek itu menelan belanja RM75 juta dan telah diluluskan dalam Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Kesebelas 2019 (RP4 Tahun 2019 RMKe-11). β€” The Star/JAROD LIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram