Polis dirempuh mat rempit di Seremban alami pendarahan otak, ditidurkan beri ruang berehat


  • 112
  • Isnin, 29 Jul 2024

Seorang anggota polis trafik Seremban dan remaja parah apabila kedua-dua motosikal bertembung di KM36 (S) Lekas.

SEORANG anggota polis yang cedera parah selepas dirempuh penunggang motosikal yang melawan arus di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada pagi Ahad ditidurkan sementara di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Muhammad Zaki Ramat dilaporkan berkata, mangsa masih dirawat dan menunjukkan reaksi positif.

Katanya, anggota berkenaan cedera parah di beberapa anggota badan, patah tulang paha kanan dan berlaku pendarahan dalam otak.

BACA LAGI: Polis parah kena rempuh mat rempit lawan arus di Seremban

BACA LAGI: 'Banyak kali mak cik kantin tak pulang baki duit anak', ibu bapa bengang sekolah 'back up' peniaga tak jujur

Menurutnya, mangsa ditidurkan bagi memberi ruang untuk otaknya berehat dan sudah selesai menjalani pembedahan pada paha yang patah itu.

Katanya lagi, mangsa mempunyai empat anak berusia empat hingga 11 tahun dengan dua daripadanya adalah autistik.

Sebelum ini, satu insiden kemalangan dilaporkan berlaku membabitkan seorang penunggang remaja lelaki dan anggota polis trafik yang bertembung di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) itu dikatakan sedang melakukan tugas sebelum dikatakan dirempuh remaja berkenaan yang melawan arus.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan pada kepala dan kaki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram