Catopia Shah Alam 'syurga' permainan si bulus


  • Hobi
  • Rabu, 17 Jul 2024

Catopia Shah Alam memberi peluang kepada si bulus untuk bebas bermain dalam persekitaran yang selamat.

KUCING anda kini boleh beriadah di luar dengan pembukaan Taman Rekreasi Kucing Catopia di Shah Alam, Selangor.

Majlis pra-pelancaran taman berkenaan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim pada 5 Julai lalu.

"Pemilik kucing berpeluang melakukan aktiviti luar bersama si comel di samping menjaga kesejahteraan mereka," ujarnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Baru dapat kebenaran MBSA, Stadium Shah Alam akan dirobohkan

BACA LAGI: Dah lama 'uninstall' walaupun tak perlu kemas kini status Covid-19, masih ramai tak tahu fungsi lain MySejahtera

“Taman rekreasi kucing ini dibuka bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 malam," katanya.

Mohd Fauzi (centre, in red tie) with MBSA department heads and cat owners at Catopia.

Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam sebagai ikon pembaharuan bandar. — The Star

Tambahnya, kemasukan adalah percuma buat masa ini dan bayaran akan mula dikenakan bermula Januari tahun depan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pertama di Malaysia membina taman rekreasi haiwan itu.

"Ia adalah kemudahan yang memberi peluang kepada si bulus (kucing) untuk bebas bermain dalam persekitaran yang selamat," kata Mohd Fauzi.

Beliau juga memaklumkan bahawa taman rekreasi itu terhad kepada 20 ekor kucing pada satu masa.

Cats relax in the play area at Catopia.

Catopia boleh memuatkan 20 ekor kucing pada satu masa. — The Star

"Kami menyediakan 12 komponen menarik untuk kucing termasuk tempat perlindungan, kolam pancuran air mini, kawasan 'rumput helikopter' (rumput kegemaran kucing) dan kawasan pasir.

Taman rekreasi kucing berkenaan bakal dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin pada Oktober depan.

“Taman ini mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong terutama dalam kalangan penggemar kucing," ujarnya. The Star/ EDWARD RAJENDRA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram