'Banyak kali mak cik kantin tak pulang baki duit anak', ibu bapa bengang sekolah 'back up' peniaga tak jujur


  • Massa
  • Isnin, 29 Jul 2024

Peniaga kantin di sebuah sekolah didakwa mengambil kesempatan terhadap murid yang membeli makanan di premisnya baru-baru ini. — Gambar hiasan

SEORANG ibu tidak berpuas hati selepas anaknya didakwa kerap menjadi mangsa penipuan peniaga kantin di sebuah sekolah baru-baru ini.

Menerusi hantaran dikongsikan di X @sarinizainal pada Ahad, kes penipuan itu berlaku ketika proses memulangkan baki wang kepada kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, kes baki duit anak tidak dipulangkan oleh peniaga terbabit sering terjadi kepada murid sekolah lain yang membeli makanan di kantin berkenaan.

BACA LAGI: 'Degree bukan bisnes', pengajian di menara gading pelaburan lahirkan modal insan

BACA LAGI: Pertandingan seni bina boleh jadikan pasar sebagai ikon daerah, destinasi pelancongan

2585997 (1)

Sistem tender di kantin sekolah dikatakan perlu lebih diteliti dengan lebih tegas oleh pihak sekolah. — Gambar hiasan

Lebih membangkitkan kemarahan apabila pihak sekolah dikatakan tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan di sekolah.

"Bayangkan sehari bagi RM5, dapat makan satu paket kentang yang ada 10 jejari kentang? Masuk mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ketua-ketua ni nak perhalusi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

"Nak kumpul duit ibu bapa RM10 sebulan untuk penyelenggaraan, nak lancarkan aplikasi transaksi tanpa tunai dan akhirnya ada yang cakap ibu bapa kena didik anak-anak," dakwanya.

Menurutnya, meskipun perkara itu tidak berlaku pada anaknya, namun dia sebagai wakil kepada para ibu bapa menggesa pihak sekolah untuk meneliti semula pengambilan peniaga untuk melakukan operasi di kantin sekolah.

Pengguna itu turut menyarankan kepada pihak sekolah untuk menukar kakitangan kantin sekiranya mendapati mereka melanggar peraturan atau melakukan kesalahan.

"Isu ini masalah makcik kantin kan. Menipu budak-budak dah banyak kali, itu belum kes marah-marah. Kenapa nak drag jauh sangat. Ada minta sales report dari kantin?

"Ada hantar surat amaran? Kalau kantin tak competent, tak perlu operasi, bagi orang lain," tulisnya.

Bukan itu sahaja, pengadu terbabit mendakwa sistem tender kantin terutamanya di sekolah kebangsaan terlalu selesa dan lemah.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak sekolah berkenaan berhubung dakwaan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram