
RAKYAT Malaysia yang meminati dunia kereta mungkin mempunyai model kegemaran yang diimpikan namun mengulas tentang kereta yang dipandu, model manakah yang paling mereka suka?
Menerusi maklumat laman web data.gov.my, data menunjukkan beberapa pandangan khususnya dari segi populariti kereta sejak dua dekad lalu.
Berikut adalah jualan, pendaftaran dan pengeluaran kereta di negara ini dari tahun 2000 sehingga 31 Ogos 2023:
BACA LAGI: [VIDEO] Lembu korban terlepas di LDP langgar kereta, perakam diminta tampil bantu siasatan
BACA LAGI: MOT sahkan kereta Perodua, Toyota selamat — Anthony Loke
Raja jalanan
Mengulas mengenai jumlah keseluruhan kereta yang dijual sepanjang dua dekad lalu, tiada yang dapat mengatasi Perodua Myvi dengan catatan sebanyak 1,388,921 unit.
Walaupun Myvi menduduki tangga teratas dalam carta jualan tahunan di Malaysia, permintaan model berkenaan menurun dalam beberapa tahun apabila Perodua Axia dan Bezza terjual lebih banyak daripadanya.
Mula dikeluarkan pada tahun 2005, Myvi telah mengungguli carta jualan tahunan bagi kereta di Malaysia selama sembilan tahun.
Memasuki pasaran pada 2014, Axia merampas kedudukan teratas Myvi pada 2015, 2016 serta 2018 dan jatuh sekali lagi ke tangga kedua pada tahun lalu, tetapi kali ini dirampas oleh Bezza.
Terdapat 56,735 pendaftaran untuk Bezza setakat 31 Ogos tahun lalu, berbanding Myvi sebanyak 45,014 unit.
Pilihan semua
Proton Saga kekal sebagai kereta kedua terlaris sejak tahun 2000 dengan 825,693 unit terjual.
Model pertama dikeluarkan oleh pengeluar kereta nasional Proton pada tahun 1985, kereta itu kekal menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Keunggulan Axia
Memasuki pasaran pada 2014, Perodua Axia adalah antara tiga model terlaris setiap tahun sejak 2015 selepas berjaya menjual sebanyak 627,454 unit setakat 31 Ogos tahun lepas, menjadikannya berada di tempat ketiga selepas Myvi dan Proton Saga.
Pendahulu carta
Sejak tahun 2000, 17 pengeluar kereta telah membuat senarai 10 syarikat kereta teratas mengikut jumlah pendaftaran kereta tahunan.
Daripada 17 itu, empat adalah pengeluar tempatan (Proton, Perodua, Naza dan Inokom); tujuh adalah Jepun (Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Mitsubishi, Suzuki dan Isuzu); tiga Eropah (BMW, Mercedes dan Volkswagen); dua adalah Korea Selatan (Kia dan Hyundai) dan satu adalah Amerika Syarikat (Ford).
Sejarah tertinggi
Data Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan lonjakan kukuh penjualan kereta selepas Covid-19 mereda sebelum mencapai rekod tertinggi tahun lepas:
Di pentas global
Data yang dikeluarkan Pertubuhan Pengilang Kenderaan Bermotor Antarabangsa bagi tahun 2023 meletakkan Malaysia di tempat ketujuh dalam 13 negara di rantau Asia-Oceania dari segi pengeluaran kereta.
Elektrik kuasai masa depan?
Kenderaan hibrid dan elektrik semakin popular dalam pasaran dan Malaysia juga tidak terkecuali.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan peningkatan sebanyak 68 peratus dalam jualan kedua-dua jenis kenderaan tersebut kepada 38,055 unit pada 2023 berbanding 22,619 bagi tempoh tahun sebelumnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram