Nur Shafila ada hubungi keluarga tapi maklumat belum cukup pastikan dia selamat — Polis KL


  • 112
  • Isnin, 29 Jul 2024

Nur Shafila Suaib gagal dihubungi keluarga sejak 15 Julai lalu. — PDRM

PENGASUH taman asuhan kanak-kanak (Taska), Nur Shafila Suaib yang menghilangkan diri sejak 15 Julai lalu sudah menghubungi salah seorang ahli keluarganya.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa.

Katanya, wanita berumur 20 tahun tersebut telah menghubungi ahli keluarganya.

BACA LAGI : Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan

BACA LAGI : Kekejaman jenayah 'rare', bekas peguam mahkamah tentera anggap kes bunuh Zulfarhan jahat dan zalim

"Namun begitu, maklumat itu sahaja tidak mencukupi untuk memastikan Shafila dalam keadaan selamat.

"Sehubungan itu, usah pencarian dan menjejak wanita itu akan diteruskan bagi memastikan keselamatannya," katanya pada Isnin.

Menurut beliau lagi, siasatan awal polis mendapati perselisihan faham kecil dengan ahli keluarga menjadi punca Nur Shafila dipercayai menghilangkan diri sejak 15 Julai lalu.

"Wanita tersebut telah hilang selama 11 hari selepas kali terakhir dapat dihubungi pada awal minggu lalu.

"Mereka yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi pegawai penyiasat pembantu Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab di 03-7981 5053 atau balai polis terdekat," katanya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram